SEGALANYA TENTANG HONDA HR-V 2022. BILA NAK LANCAR?
Proton menawarkan model X50, Hyundai menyediakan model Kona dalam 2 perisa samaada elektrik sepenuhnya atau petrol manakala Toyota pula memberikan model Corolla Cross dalam varian petrol dan juga hibrid. Tinggal Honda sahaja masih belum mendedahkan model HR-V 2022 yang baru sepenuhnya untuk Malaysia
Negara jiran seperti Thailand dan juga Indonesia telahpun mulai menjual model serba baru ini. Jadi berdasarkan laman sesawang rasmi dari Thailanda dan Indonesia, kami senaraikan semua informasi yang kami tahu pasal Honda HR-V 2022 ini. Jangan bimbang, Honda HR-V 2022 akan mulai dijual pada tahun ini
Berikut ialah maklumat berkenaan Honda HR-V yang bakal dijual nanti:
1. Enjin – Bagi pasaran Indonesia, ia akan ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu samaada enjin 1500cc Turbo VTEC yang menghasilkan 175 kuasa kuda dan 240Nm tork. Pilihan kedua ialah enjin 1500cc i-VTEC yang menawarkan 119 kuasa kuda dan 145Nm tork.
Bagi pasaran Thailand, semua varian Honda HR-V hanya akan ditawarkan dalam varian hibrid dengan teknologi i-MMD dual motor. Sistem ini turut memiliki enjin 4 silinder 1500cc i-VTEC namun beroperasi dengan kitaran Atkinson, menawarkan 103 kuasa kuda dan 127Nm tork
Namun dengan gabungan sistem hibrid 2 motor elektrik dan bateri hibrid, sistem ini menjana 213 kuasa kuda dan 253Nm tork serta penggunaan bahan api serendah 25.6km per liter.
2. Transmisi -bagi pasaran Indonesia, HR-V akan dipadankan dengan transmisi CVT yang akan memacu tayar depan. Bergantung pada varian, ciri penukar gear di belakang stering akan ditawarkan. Bagi pasaran Thailand dengan sistem i-MMD, ia menggunakan gear tunggal seperti EV.
3. Saiz – dari segi saiz Honda HR-V direka dengan jarak antara roda 2610mm, lebar 1790mm, panjang 4330mm dan tinggi 1580mm. Ini menjadikan HR-V sebenarnya lebih kecil berbanding dengan Mazda CX-30 dan Toyota Corolla Cross tapi masih mampu menawarkan ruang kargo seluas 320 liter
4. Honda Sensing – bergantung pada varian mana yang anda pilih, HR-V menawarkan ciri keselamatan Honda Sensing yang merangkumi Collision Mitigation Braking System, Road Departure Mitigation System, Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow, Lane Keeping Assist, Auto High Beam, dan Lead Car Departure Notification
5. Rekaan dalaman – sama seperti Honda Civic, HR-V datang dengan tema yang lebih ringkas namun menawarkan ciri – ciri moden yang menarik seperti corong penyaman udara boleh laras, bumbung panaromic, corong penyaman udara belakang, tombol gear dan stering balutan kulit, serta meter digital sebesar 7 inci dengan teknologi TFT.
Ruang dalaman HR-V adalah fleksibel dan kusyen belakang boleh diubah mengikut citarasa pemandu samaada utiliti mode dengan melipat kusyen belakang menjadikan saiz kargo sebesar 1665 liter atau Tall Mode bagi membawa barangan yang tinggi
6. Mode pemanduan – Honda HR-V menawarkan 3 mode pemanduan yang utama iaitu Normal, ECO dan Sport bagi pasaran Indonesia dan juga Thailand. Bagi memudahkan pemanduan ia turut menyediakan ciri parkir elektrik dengan AutoHold dan Down Hill Assist bagi menjadikannya sebagai crossover moden
7. Keselesaan penumpang – bagi memudahkan pengguna Honda HR-V turut menyediakan 2 poin pengecaj telefon jenis C, penghidup enjin kawalan jauh, Honda Lane Watch, Power Tailgate, kamera undur, pengecaj telefon tanpa wayar (Thailand), skrin sesentuh Multimedia dengan sambungan Apple Car Play dan Android Auto
8. Harga – bagi pasaran Indonesia Honda HR-V ditawarkan pada harga permulaan anggaran RM 111,000 bagi varian terendah dengan enjin 1.5 i-VTEC dan harga tertinggi ialah RM 147,000 bagi varian tertinggi dengan enjin 1.5 VTEC Turbo.
Bagi pasaran Thailand ia ditawarkan dengan 3 varian yang semuanya menggunakan sistem hibrid i-MMD dengan harga anggaran permulaan RM 124,000 bagi varian terendah dan RM 149,000 bagi varian tertinggi. Jadi kami menjangkakan harga Honda HR-V bagi pasaran Malaysia mungkin dalam julat seperti di atas
Sebenarnya bagi pasaran negara kita ada 3 faktor utama yang menjadikan sesebuah model ini laku keras. Pertama rekaan kena lawa dan boleh diterima oleh semua pengguna, harga masuk akal dengan teknologi dan akhir sekali ialah sokongan pusat servis.