
PROMOSI KOMBO KARCHER HIGH PRESSURE WASHER K 2.050 + VCH CORDLESS HANDHELD VACUUM. HARGA ISTIMEWA DENGAN AUTO2U.MY SEHINGGA 5 APRIL INI
Jenama Karcher bukanlah asing di negara ini malah telah bertapak sejak lebih 20 tahun lalu.
Bagi mereka yang inginkan kenderaan sentiasa berkilat dan bersih boleh mendapatkan produk berkualiti tinggi ini melalui promosi kombo di Mekanika.
Apa yang menariknya adalah anda akan memiliki dua produk jenama Karcher iaitu High Pressure Washer K 2.050 dan VCH Cordless Handheld Vacuum Cleaner pada harga berbaloi.

Karcher High Pressure Washer K 2.050 dapat memberi penjimatan air sehingga 80 peratus apabila pengguna mencuci kenderaan mereka.
Bahkan, tekanan air yang mencecah sehingga 50 kali memastikan pembersihan kenderaan dapat dilakukan dengan pantas.
Ia sekali gus dapat menjimatkan tenaga serta masa pembersihan.

Selain itu, produk berkenaan bukan sahaja boleh digunakan untuk membasuh kereta, motosikal, SUV ataupun lori.
Jika berdepan dilanda banjir dan ingin membersihkan rumah, Karcher High Pressure Washer K 2.050 dapat membantu berikutan didatangkan dengan dua nozzle.

Dua nozzle tersebut merupakan Fan Jet Nozzle yang lebih khusus kepada pembersihan kenderaan manakala Turbo Dirt Blaster untuk membasuh kotoran degil seperti lumut dan banyak lagi.
Produk yang mengguna pakai patented nozzle technology itu mampu memberi lebih concentrated, kuat dan efisien serta mudah dipasang dan digunakan oleh pengguna.

Bagi VCH Cordless Handheld Vacuum Cleaner pula, ia hanya didatangkan dengan berat 650 gram dan berkapasiti 0.15 liter sahaja dengan kuasa 3,500 rpm serta kuasa sedutan 500Pa.

Produk kecil yang mudah digunakan di mana-mana seperti di dalam kenderaan, dapur serta meja itu hadir dengan sistem dua penapisan iaitu Fine Steel Mesh dan HEPA 12.
Sistem tersebut berupaya menapis partikel atau debu besar malah tapisan sehingga 99.5 peratus untuk debu halus serta boleh dibasuh untuk digunakan semula.

Dengan menggunakan port USB, Cordless Handheld Vacuum Cleaner boleh digunakan selama 11 minit.
Mereka yang berminat boleh mendapat produk kombo berkenaan pada harga promosi RM448 sahaja berbanding harga di pasaran RM548. Penjimatan sehingga RM100!!!
Harga asal Karcher High Pressure Washer K 2.050 ialah RM369 manakala Cordless Handheld Vacuum Cleaner RM179.

Para pembeli juga akan mendapat diskaun istimewa sehingga 20 peratus di stor auto2u.my dengan menggunakan kod promo MKNKARCHER.
Promosi berlangsung selama dua minggu sahaja bermula 23 Mac ini hingga 5 April depan.
Penghantaran adalah percuma di Malaysia Barat kecuali di Langkawi, Labuan, Pasir Gudang, Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Sabah dan Sarawak akan dikenakan caj penghantaran.
Untuk pembelian boleh melayari auto2u.my
- BACA: KILATKAN KERETA ANDA GUNA AUTOGLYM. PROMOSI ISTIMEWA DENGAN AUTO2U.MY
- BACA: DISKAUN 20% UNTUK KEMEJA POLO DAN KEMEJA-T ULANG TAHUN KE-60 HONDA RACING. HANYA DI AUTO2U.MY
- BACA: BELI DASHCAM 70MAI M500 DENGAN MEKANIKA. DAPAT DISKAUN, HADIAH DAN MENANG VACUUM KERETA!
- BACA: 14 TIP BERGUNA UNTUK BANTU CUCI RUMAH MANGSA BANJIR