Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG PROTON S50, LANCAR PENGHUJUNG 2023

Semasa pengumuman SUV terbaru iaitu Proton X90, syarikat pengeluar automotif ini turut mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi sedan yang diberi nama Proton S50. Diposisikan sebagai pengganti kepada Proton Preve, model S50 ini akan berada dalam segmen C. Berikut ialah ringkasan Proton S50:

1. Saiz cesi – diasaskan kepada model Geely Emgrand, Proton S50 MUNGKIN akan datang dengan saiz seperti berikut. Jarak antara roda ditetapkan kepada 2650mm, lebar 1820mm, panjang 4638mm dan tinggi dihadkan kepada 1460mm

Sebagai perbandingan Toyota Corolla datang dengan jarak antara roda 2700mm manakala Honda Civic pula lebih panjang pada 2735mm. Saiz 2650mm ini adalah sama seperti Proton Preve satu ketika dulu dan lebih besar dari Proton Persona pada 2555mm

2. Platform – Walaupun diposisikan sebagai sedan segmen C, Geely Emgrand dibangunkan dengan menggunakan platform B Modular Architecture sama seperti SUV Proton X50. Platform ini boleh dikonfigurasi kepada pacuan roda depan sahaja atau pacuan semua roda.

Platform ini direka bagi memenuhi aspek keselamatan 5 bintang Eropah dibina dengan mengandungi 70 peratus keluli bertekanan tinggi dan 20% keluli hot formed. Suspensi depan menggunakan Topang McPherson manakala suspensi belakang menggunakan torsion beam

3. Enjin – pilihan pertama enjin yang boleh digunakan ialah enjin aspirasi normal binaan blok aluminium JLC-4G15B 1500cc 4 silinder dengan sistem VVTi yang menghasilkan 114 kuasa kuda dan 147Nm tork dengan pelepasan asap Euro 6. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT yang boleh menghasilkan sehingga 8 ratio maya

Pilihan kedua tentulah enjin 3 silinder 1500cc JLH 3G15T Port Fuel Injection yang boleh menjana 148 kuasa kuda ataupun enjin 3 silinder 1500cc JLH 3G15TD Suntikan bahan api terus yang menjana 175 kuasa kuda. Kedua dua enjin turbo ini akan dipasang dengan transmisi klac berkembar 7 kelajuan DCT. Pada hemat penulis, varian turbo ditawarkan dalam varian yang lebih mahal JIKA ditawarkan

4. Rekaan luar – sama seperti Proton Preve ataupun Toyota Corolla, Emgrand yang menjadi asas kepada Proton S50 menggunakan rekaan sedan 3 kotak yang konvensional. Rekaan depan Proton S50 masih lagi menjadi tanda tanya, namun penulis berharap rekaan depan S50 adalah lebih sporti berbanding dengan Emgrand asal dan mengekalkan lampu LED belakang yang bersambung terus bahagian kiri serta kanan.

5. Rekaan dalaman- hampir sama dengan rekaan Proton X50 dengan mengetengahkan skrin selebar 10.25 inci pada papan pemuka yang menyokong GKUI Smart Ecosystem. Meter digital 12.3 inci pula berupaya memaparkan sehingga 27 maklumat keadaan pemanduan. Sistem penyaman udara pintar pula akan dilengkapkan dengan penapis CN25

6. Ciri-ciri luaran- Proton S50 mungkin akan datang dengan lampu depan LED projektor dan juga lampu nyalaan siang LED DRL. Brek depan akan dipasang dengan brek cakera berliang pada roda depan dan brek cakera solid untuk roda belakang. Saiz tayar pula kemungkinan besar menggunakan saiz 205/50 dengan rim 17 inci

7. Aspek Keselamatan – bagi varian tertinggi, ia akan datang dengan Brek Parkir Elektrik dengan ciri AutoHold, 6 beg keselamatan udara, sistem keselamatan elektronik, cagak ISOFIX, kamera 360 darjah (mengikut varian), sensor parkir, dan Hill Start Assist

8. Antara maklumat tambahan lain yang kami perolehi di laman sesawang Geely Filipina termasuklah saiz tangki petrol 50 liter, ruang kargo belakang sebesar 500 liter, masih lagi diberikan tayar gantian space saver, berat kereta mencecah 1250kg dan juga jarak kelegaan bumi mencapai 151mm

9. Lain-lain ciri moden termasuklah bumbung kaca suria, 3 mode pemanduan iaitu Eco, Comfort dan Sport, kusyen belakang belakang dilipat 60:40, corong penyaman udara belakang, perehat tangan depan, dan 6 pembesar suara

10. Dari segi harga, besar kemungkinan harga yang ditawarkan nanti kemungkinan amat kompetitif dengan harga berada di antara RM 70,000-RM 100,000 iaitu julat harga segmen B. Sebagai contoh harga Toyota Vios bermula pada harga RM 89,900 bagi varian terendah dan Honda City pula bermula pada harga RM 74,000

Google ads
Back to top button