Artikel Pilihan

VIPER DEFENDER – LAGENDA SIRI TV 90 AN UNTUK DIJUAL

Dekad 80 an dan 90 menyaksikan banyak siri TV berasaskan kereta dihasilkan. Selepas kejayaan Knight Rider muncul pula siri baharu yang dinamakan Viper. Ia bukan bertemakan ular kapak tetapi bertemakan sebuah supercar keluaran AS dengan enjin besar gedabak. Viper RT/10. Kisahnya macam biasa, melawan penjenayah dengan menggunakan kereta sports coupe berteknologi tinggi.

Heronya sentiasa memandu sebuah Viper RT/10 berwarna merah yang kemudian boleh bertukar kepada mod tempur berwarna perak dan diberi gelaran Defender. Kemajuan CGI membolehkan sang hero menembak kenderaan musuh dengan bedilan laser ala Star Wars.

Menariknya Defender ni sebenarnya bukan diasaskan daripada RT/10 pun tapi dihasilkan oleh syarikat Unique Movie Cars Las Vegas dengan bantuan Chrysler. Sebanyal 14 unit Defender dihasilkan dan satu daripadanya kini ditawarkan untuk jualan.

Tak tahu la berapa unit lagi masih wujud tapi dianggarkan tak berapa banyak. Ini kerana kebayakan Defender, RT/10 dan trak Ram V10 yang digunakan dalam siri TV tersebut telah dimusnahkan atas arahan Chrysler kerana semuanya tidak mempunyai VIN.

Unit ini juga tidak mempunyai VIN jadi boleh pakai kat kampung dan ladang je la kot. Bukan itu sahaja enjinnya pun bukan enjin 8.0 liter V10 yang digunakan Viper tapi sebaliknya enjin push rod lama V8 Chrysler dengan sesaran 5.9 liter. Langsung tidak saintifik tetapi kosnya lebih rendah dan mudah untuk dipandu di set penggambaran. Bunyinya pun masih boleh tahan.

Lupakan tentang gajet-gajet canggih macam dalam siri TV tu sebab cermin tingkapnya pun dilekatkan dengan Velcro. Jangan tercabut pulak masa memandu. Ia juga tidak mempunyai pemanas, tali keledar hatta radio sekalipun. Tiga biji monitor canggih tu pun barang tipu je.

Kalau ada duit dan benar-benar minat boleh je beli. Ia mungkin tidak setanding dengan replika Knight Rider tapi siri TV Viper ni dulu boleh la layan sekali sekala daripada dok layan Baywatch ataupun yang seumpama dengannya.

Google ads
Back to top button