
SELAIN STERENG YOKE, CHINA HARAMKAN SKRIN SENTUH, BUTANG FIZIKAL WAJIB ADA!
Selepas mengharamkan flush-door handles, China kini mensasarkan kabin kereta yang terlalu bergantung pada skrin sentuh.
Menurut cadangan terbaru, fungsi keselamatan penting seperti lampu isyarat, lampu kecemasan, pemilihan gear dan panggilan kecemasan wajib dilengkapi butang fizikal sekurang-kurangnya 10mm x 10mm.
Trend kabin minimalis dengan hampir tiada butang fizikal, terutama pada EV popular seperti Tesla, BYD dan Xiaomi, dikhuatiri meningkatkan risiko gangguan pemandu.

Menggunakan skrin sentuh ketika memandu boleh menunda reaksi pemandu dan meningkatkan jarak hentian, sekali gus membahayakan keselamatan.
Menurutnya, masalah bertambah jika skrin lambat bertindak balas atau mengalami gangguan.
Selain itu, kerajaan China juga merancang menetapkan piawaian keselamatan untuk sistem bantuan pemandu tahap tinggi dan kenderaan autonomi.
Sistem Tahap 3 dan 4 perlu membuktikan ia setidak-tidaknya selamat seperti pemandu manusia yang kompeten. Bukti dokumentasi bagi mengendalikan situasi harian dan kecemasan juga diwajibkan.
Cadangan peraturan ini terbuka untuk komen awam sehingga 13 April 2026, menandakan langkah penting China untuk mengimbangi teknologi canggih dengan keselamatan sebenar pemanduan.









