
MFORCE TAPAU TAHUN 2025 DENGAN PELANCARAN 40 MODEL BARU
MForce Bike Holdings Sdn Bhd mencuri tumpuan pada tahun 2025 apabila merekodkan pelancaran motosikal terbanyak dengan 40 model baharu untuk pasaran tempatan.
Bagi suku pertama 2025 (Q1) sebanyak empat model telah dilancarkan yang terdiri dari SYM Husky 300, Benda Chinchilla 500, Voge DS900X dan Morbidelli T1002VX.

Kemudian pada suku kedua menyaksikan pelancaran QJMotor AX200, Yadea GT20, Ariic 318 GT, Benda LFC700 dan SYM ADXTG 400.
Suku ketiga pula dibarisi QJMotor SRV 250 AMT, SRK 250 S, SRK 250 R, E-LTR, SRV 600V dan Keeway XDV 180 EVO sebelum diikuti dengan Yadea RS20, Velax, WMoto EZ125i, WMoto Cruiser 125 AMT, SYM Naga 155, VFE 185i dan Cruisym 400i.

Menututp tirai 2025 dengan suku keempat menyaksikan MForce terus rancak dengan pelancaran Voge SR3, Keeway BX200i, Wmoto Nexy+ 180, Bobbie 450S, Morbidelli T252X, F252, T250X dan T250X SE serta Keeway RK250. Seterusnya, Morbidelli T502X, Moto Morini Alltrhike 4560, X-Cape 700, X-CApe 1200, QJMotor ATX250X, SRK 250 RD, SRK 450 RR dan terakhir EZI TS-1.

Dalam pada itu, kami difahamkan MForce akan terus menggegar pasaran tempatan dengan pelbagai lagi model baharu bagi tahun 2026.









