SERVIS LEBIH MUDAH DAN TELUS DENGAN SERVAUTO
Servis kereta sering menjadi pengalaman membingungkan bagi ramai pemilik kenderaan di Malaysia, dengan harga tidak jelas, kualiti kerja tidak konsisten, dan keraguan tentang alat ganti yang digunakan.
ServAuto, sebuah syarikat selepas jualan automotif tempatan yang ditubuhkan pada 2024, muncul untuk mengubah keadaan ini, menawarkan cara servis kereta yang lebih telus, mudah, dan boleh dipercayai.
Baru-baru ini, syarikat itu berjaya memperoleh dana baharu, menjadikan jumlah pelaburan terkumpul mencecah RM24 juta (AS$6 juta).

Dengan konsep “Pakar Penjagaan Kereta Kawasan Anda,” ServAuto memperkenalkan platform digital yang membolehkan pelanggan membeli pakej servis secara dalam talian dengan harga jelas dan menempah janji temu di bengkel ServAuto seluruh negara.
Pakej servis ini boleh didapati melalui laman web ServAuto, e-dagang seperti TikTok Shop dan Shopee, serta kerjasama dengan CARSOME, platform kereta terpakai terbesar Malaysia.
ServAuto juga memastikan setiap alat ganti adalah asli dengan bekerjasama terus dengan pengeluar dan pengedar sah.

Selain itu, syarikat ini juga mengoptimumkan rantaian bekalan bagi menurunkan kos, menggunakan data tempahan untuk merancang inventori lebih awal dan mendapatkan bahagian terus dari pembekal.
Menurut Pengasas Bersama ServAuto, Phoy Yong Hao, “Rakyat Malaysia mahu servis kereta tanpa risau tentang caj tersembunyi atau kerja yang tidak memuaskan. Dengan sistem yang lebih terancang dan aliran kerja jelas, harga menjadi lebih adil dan servis lebih boleh dipercayai. Dalam setahun, lebih 30,000 rakyat Malaysia telah memilih ServAuto, menunjukkan kepercayaan boleh dibina secara meluas.”
Kini, ServAuto menumpukan kepada servis harian seperti penukaran minyak dan tinted kereta, selain beberapa aksesori automotif terpilih.

Dengan dana baharu, syarikat merancang untuk menambah jenis servis, memperkukuh rangkaian bengkel di seluruh negara, dan membuka lebih banyak bengkel rasmi ServAuto.
Tambahnya lagi, dari 150 bengkel sedia ada, sasaran jangka panjang mereka ialah 500 bengkel.
“Matlamat kami bukan menggantikan bengkel tempatan, tetapi bekerja bersama mereka dengan sistem lebih teratur, proses lebih jelas, dan permintaan yang konsisten. Kami juga menyokong pembangunan bakat melalui inisiatif seperti CARSOME Academy. Dengan menguatkan ekosistem dan mewujudkan pekerjaan tempatan, standard servis kereta di Malaysia boleh ditingkatkan,” tambah Phoy.
ServAuto berhasrat menjadi “Pakar Penjagaan Kereta Kawasan Anda,” memastikan pengalaman servis kereta yang dipercayai sentiasa dekat dengan komuniti.
Dengan kehadiran yang lebih meluas, rantaian kerjasama, dan pengoptimuman rantaian bekalan, ServAuto ingin menjadikan Auto Tenang bukan sekadar slogan, tetapi piawaian sebenar bagi servis kereta di Malaysia.

