
BMW F 450 GS LANCAR DI MALAYSIA SEPARUH KEDUA TAHUN INI – 48HP, 43NM
BMW Motorrad Malaysia bakal memperkenalkan BMW F 450 GS untuk pasaran tempatan sekitar separuh kedua tahun ini.
Menurut sumber, pelancaran F 450 GS untuk pasaran Malaysia sepatutnya berlangsung lebih awal namun BMW Motorrad ketika ini mahu mengutamakan pasaran Eropah terlebih dahulu sebelum model baharu itu diedarkan ke pasaran dunia lain termasuk Malaysia.

Seperti yang telah pun didedahkan sebelum ini, F 450 GS ini dikuasakan enjin parallel-twin 450cc yang dibangunkan bersama TVS di India dan berupaya menjana 48hp pada 8,750rpm dan 43Nm pada 6,750rpm.
Pakej elektronik merangkumi tiga mod menunggang – Rain, Road dan Enduro serta ABS Pro. Selain itu turut disenaraikan termasuk Dynamic Brake Control, Dynamic Traction Control dan engine drag control. Kesemua ciri ini didatangkan secara standard. Namun, pelanggan boleh membayar ekstra sekiranya mahu mengaktifkan mod Enduro Pro.

Segala maklumat motosikal boleh diakses menerusi paparan meter TFT berwarna 6.5-inci yang juga didatangkan secara standard.
Casis pula terdiri dari fork USD 43mm dari KYB dan central spring strut KYB (dengan pelarasan pra-beban dan rebound damping). Meskipun menawarkan imej lasak namun F 450 GS ini didatangkan dengan rim 19-inci depan berbanding 21-inci.

Pakej brek terdiri dari kaliper brek Brembo 4-piston depan dengan cakera 310mm dan brek ByBre belakang dengan cakera 240mm.
GALERI: BMW F 450 GS

















