
DENZA B8: PENDAFTARAN MINAT DI MALAYSIA KINI DIBUKA
DENZA, jenama automotif premium di bawah BYD Group, kini memperluas kehadirannya di Malaysia dengan SUV baharu B8, yang kini membuka pendaftaran minat.
Model ini dijangka melengkapi rangkaian DENZA yang semakin kukuh, selepas pelancaran D9 dan menjelang ketibaan Z9GT tidak lama lagi.
SUV B8 direka untuk pelanggan yang mahukan gabungan keselesaan premium dan kemampuan lasak. Dengan pendekatan mobiliti serba boleh, ia membolehkan pemanduan selesa di jalan raya sambil mampu menghadapi cabaran off-road dengan mudah.
Dari segi teknologi, DENZA B8 menampilkan sistem Dual Mode Off-road (DMO) untuk prestasi PHEV yang optimum, bersama DiSus-P, inovasi casis dan bateri terkini.

Platform infotainmen DiLink menyediakan pengalaman digital berteknologi tinggi, manakala kabin mewah dilengkapi ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang komprehensif.
Secara global, DENZA B8 ditawarkan dalam konfigurasi 6- dan 7-tempat duduk, dengan kabin dibalut bahan premium, permukaan sentuhan lembut, dan butang kristal berperincian mewah.
Paparan pada papan pemuka termasuk:
- Stereng empat jejari
- Paparan instrumen 12.3-inci
- Unit infotainmen 17-inci
- Paparan penumpang hadapan 12.3-inci
Ciri-ciri utama dalaman termasuk:
- Paparan head-up augmented reality
- Pad pengecas telefon tanpa wayar
- Sistem bunyi 16-pembesar suara Devialet
- Sistem interaksi suara 4-zon
- Perabot kulit Nappa premium
- Tempat duduk hadapan dan barisan kedua boleh laras kuasa
- Tempat duduk dengan pemanas, penyejukan dan fungsi urut
- Sistem kamera 360 darjah
- Cooler/hotbox dari -6°C hingga 50°C
- 14 beg udara
- Pakej lengkap Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS)
Model ini ditawarkan dalam tiga warna luaran iaitu;
- Dawn Gold
- Eclipse Black
- Nebula Silver
Dua pilihan warna dalaman iaitu;
- Jasper Brown
- Onyx Black
Untuk spesifikasi, ia dibekalkan dengan sistem Dual Mode Off-road Super Hybrid BYD, DENZA B8 menjanjikan prestasi lancar dan berkuasa:

Enjin: 2.0L turbo empat silinder – 245PS & 380Nm
Motor elektrik:
- Hadapan: 272PS / 360Nm
- Belakang: 408PS / 400Nm
- Gabungan output: 748PS & 760Nm
- Transmisi: Dedicated Hybrid Transmission (DHT)
- 0–100 km/j: 4.8 saat
- Bateri: 36.8kWh Blade LFP
- Julat Elektrik: 125 =km
- Gabungan: 1,200km (dengan tangki 91.5 liter)
- Masa pengecasan: 30–80% dalam 16 minit (DC 120kW)
Peminat yang ingin menjadi antara yang terawal memiliki DENZA B8 boleh mendaftar minat sekarang. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi DENZA Malaysia.
- BACA: BEG UDARA CHINA DIDAKWA RAGUT 10 NYAWA, NHTSA BUKA SIASATAN
- BACA: INSENTIF PELABURAN PERLU BERI MANFAAT KEPADA SELURUH RANTAIAN BEKALAN AUTOMOTIF – PVA
- BACA: KTM RC 450 2026 SERBA BAHARU LANCAR DI CHINA – ENJIN CFMOTO, 56HP
- BACA: SYARIKAT RUGI 8.2 BILLION USD. TAPI CEO, PENGERUSI DAN CFO FORD MASYUK TERUK



