Buletin

SHANGHAI LOCKDOWN, TOYOTA KURANGKAN PRODUKSI GLOBAL SEBANYAK 100K UNIT

Disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan akibat perintah kawalan pergerakan di Shanghai, Toyota mengumumkan produksi di beberapa kilang terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Langkah ini mengakibatkan angka produksi global berkurangan sebanyak 100,000 unit sepanjang bulan Mei dan Jun ini.

Toyota dalam satu kenyataan menyebut, “Kami di Toyota memohon maaf kerana terpaksa melakukan pelarasan terhadap perancangan produksi kami, dan mengakibatkan kesukaran kepada pelanggan, pembekal serta pihak yang terlibat.

Sepanjang bulan Mei dan Jun, Toyota terpaksa menghentikan sementara operasi pemasangan di 16 barisan produksi di 10 buah kilang di Jepun, di mana model yang terjejas termasuklah GR Yaris, Corolla, Land Cruiser serta RAV4.

Toyota masih lagi optimis mampu menghasilkan sehingga 9.7 juta unit kenderaan menjelang Mac 2023, namun mereka mengakui agak sukar untuk menjangka kapasiti produksi pada masa akan datang.

Google ads
Back to top button