Artikel PilihanBuletin

SINDIKET LORI GUNA PELEKAT KHAS YANG “DILINDUNGI” JPJ

Semalam SPRM menahan 29 individu termasuk 24 pegawai penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai tersebut ditangkap kerana disyaki melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan di Pulau Pinang daripada penguatkuasaan undang-undang.

Sumber juga berkata pegawai penguat kuasa dipercayai menerima bayaran bulanan, berjumlah antara RM10,000 dan RM32,000.

sumber grafik: Utusan Malaysia

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana syarikat-syarikat ini boleh beroperasi dengan licik, tanpa tertangkap. Menurut sumber, mereka menggunakan pelekat khas yang membolehkan setiap unit lori ini dikenali oleh pegawai JPJ yang bertugas.

Identiti setiap lori yang “dilindungi” ini boleh dikenali menerusi pelekat khas yang memaparkan kod tertentu yang ditampal pada lori terbabit. Ia membolehkan mereka bergerak bebas tanpa ditahan dari sebarang kesalahan seperti mengangkut berat berlebihan dan tidak mengikut peraturan jalanraya yang ditetapkan.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Dalam tangkapan operasi besar-besaran semalam itu juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan SPRM negeri dibuat hasil risikan sejak beberapa bulan lalu dan menerusi maklumat yang diterima daripada daripada orang awam.

Beliau juga tidak menolak ramai lagi yang akan ditahan berikutan kes tersebut.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button