Buletin

SPRM TAHAN 7 INDIVIDU TERLIBAT SINDIKET DUTI KERETA MEWAH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah.

Kegiatan tujuh individu tersebut menyebabkan ketirisan cukai kastam berjumlah kira-kira RM33 juta.

Menurut agensi anti rasuah itu, semua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah.

Selain itu, suspek berkenaan merupakan ejen kastam dipercayai bersubahat bersama pemilik kereta terlibat, termasuk mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 Julai 2023 setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Kosmo Online

Google ads
Back to top button