BuletinMotosikal

PERAGUT SERAH DIRI GARA-GARA TAKUT BINI MARAH

Tak tahu samada nak marah atau nak ketawa bila baca pasal kes ni. Semalam, satu kejadian ragut telah tular di media sosial. Ia dikongsikan oleh saudari Ayus Haiqal yang menceritakan kisah beliau sendiri.

Beliau telah diragut pada hari Jumaat minggu lalu. Kejadian tersebut berlaku di Pekan Kuala Selangor berdekatan dengan sebuah bank. Akibat panik, peragut telah melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya dengan enjin yang masih hidup.

Saudari Ayus pantas membawa motosikal tersebut ke balai polis untuk membuat laporan. Namun kisah tersebut bertukar menjadi lucu apabila peragut terbabit datang menyerah diri.

Beliau merayu dan menangis di balai polis tersebut.

Tapi sebab apa?

Sebab motosikal yang beliau tinggalkan tadi merupakan milik isterinya.

“Sebab motor tu, motor bini dia. Dia takut bini dia marah. Menyamun dia tak takut. Tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. Satu balai gelak. Bodoh betul la. Akak pun gelak jugak.”

Ya. Itulah kuasa seorang isteri. hahahahahaah!!

kredit: fb Ayus Haiqal

Google ads
Back to top button