Artikel Pilihan

SKODA ROADIAQ – SATU LAGI HASIL KARYA PARA PELAJAR SKODA VOCATIONAL SCHOOL YANG POWER

Semenjak dari tahun 2013/14, para pelajar dari Škoda Vocational School telah menghasilkan pelbagai jenis kereta konsep sebagai salah satu silibus yang perlu diselesaikan oleh mereka. Dan untuk tahun ini, seramai 29 pelajar telah mengubah suai model Skoda Enyaq kepada sebuah model mobile-office camper.

Dan model diberi nama Skoda Roadiaq. Penghasilan kereta Skoda Roadiaq ini adalah kemuncak kepada program latihan aperantis para pelajar selama mereka mendalami ilmu di Škoda Vocational School. Ianya dihasilkan dengan sokongan daripada tenaga pengajar Škoda Vocational School sendiri dan juga tenaga pakar daripada Jabatan di Skoda dengan menghasilkan rekaan kereta idaman mereka.

Skoda Roadiaq ini direka bentuk untuk beroperasi dengan lancar sebagai kereta untuk bergerak dari titik A ke titik B, kemudian beralih ke pejabat atau ruang tamu yang boleh digunakan sewaktu berada di parkiran. Paling penting, Skoda Roadiaq ialah kenderaan pacuan semua roda elektrik bateri yang mampan yang boleh digunakan oleh nomad moden untuk perjalanan, kerja dan masa lapang.

Kereta konsep ke sembilan daripada para pelajar ini mempunyai semua yang diperlukan oleh pejabat mudah alih moden: sambungan internet berkelajuan tinggi yang kekal, monitor 27 inci dan stesen dok, penyelesaian storan yang inovatif, banyak soket palam elektrik dan (yang penting) mesin espresso. Namun, dalam beberapa langkah mudah Roadiaq berubah daripada ruang kerja menjadi ruang tamu yang lengkap dengan katil dan dapur kecil.

Untuk mengubah Enyaq menjadi sebuah mobile-office camper sebegini, para pelajar telah menyesuaikan badan kereta dengan ketara. Sebagai tambahan kepada struktur bumbung baharu, mereka telah menambah pintu belakang baharu yang membolehkan khemah tambahan dipasang. Jelas kelihatan ruang lega kepala telah meningkat berganda. Model Roadiaq ini dipasang dengan roda aloi Supernova 21-inci yang diambil terus daripada model Enyaq serta mempunyai kemasan cat dua tona Emerald Green dan Moon White.

Di dalam kabin, bahan pembalut yang digunakan untuk menutup tempat duduk, kemasan pintu dan panel instrumen diperbuat daripada 100% bahan kitar semula. Manakala perkakasa untuk perkhemahan, tempat tidur dan bahagian belakang kereta dibuat khas selepas mendapatkan nasihat perundingan pakar, dengan input reka bentuk daripada pelajar sendiri.

Dan di bahagian dalamnya, model ini turut dilengkapi dengan kecanggihan seorang nomad digital apabila turut mempunyai sistem IT yang canggih termasuk sistem internet kekal termasuklah monitor bersaiz 27 inci. Sudah tentu kelengkapan elektrikalnya berada pada tahap yang cemerlang. Terima kasih kepada Jabatan IT kerana turut membantu mereka menyiapkan ruangan ini. Dan tahukah anda bahawa model ini turut dilengkapi dengan mesin kopi? Apa barang guna kopi segera kan.

Škoda Roadiaq ini didatangkan dengan pacuan semua roda dan berasaskan Enyaq 80x Sportline. Motor elektrik segerak dipasang pada gandar belakang, memberikan output 150 kW dan tork maksimum 310 Nm. Motor elektrik tak segerak pada gandar hadapan memberikan 80 kW lagi dan tork maksimum 162 Nm ke roda hadapan. Bateri litium-ion voltan tinggi mempunyai kapasiti tenaga 82 kWj (77 kWj bersih) dan membolehkan jarak sehingga 495 kilometer pada kitaran WLTP.

BACA : SKODA AFRIQ CONCEPT – DARI SUV KE JELMAAN KERETA RALI

BACA : SKODA ENYAQ, KODIAQ JADI MASKOT TEAM HOKI. BABY SHARK DO DO DOOO

Google ads

B K

Back to top button