
PERODUA EV – PADU KE PADAH? BAIK BELI ICE?
RM 2 Billion Ringgit, itulah angka yang dikeluarkan oleh Perodua bagi membangunkan sebuah kereta elektrik mampu milik yang boleh dibeli oleh orang kebanyakan di Malaysia. Walaubagaimanapun, Perodua mensasarkan penjualan dan pengeluaran antara 1000-1500 unit dalam sebulan.
Monozukuri atau dalam istilah bahasa membawa maksud membangunkan sendiri komponen dan produk adalah budaya industri Jepun yang berjaya diterap oleh Perodua dalam membangunkan kereta elektrik. Walaupun lambat membangunkan kereta elektrik, namun semua teknologi yang dibangunkan adalah hasil usaha Perodua sendiri
Berikut adalah beberapa informasi berkenaan dengan kereta elektrik keluaran Perodua nanti.
1. Platform – kebanyakan duit yang dilaburkan oleh Perodua digunakan untuk membangunkan serba baru untuk kereta elektrik ini. Perodua membuat keputusan yang betul dengan membangunkan sendiri platfrom tanpa perlu bergantung harap pada rakan teknikal seperti Daihatsu dan juga Toyota
Disifatkan sebagai platform generasi baru yang lengkap dengan kestabilan elektronik tinggi, integrasi (internet of things)IoT, AI (kepandaian buatan) dan rekaan “cell-to-body” yang menjadikan struktur bateri sebagai struktur platform, lebih kukuh dan ringan.
2. Bateri – kami menganggarkan saiz bateri yang akan digunakan adalah berada dalam lingkungan 38kWh sehingga 50kWh sahaja memandangkan saiz kereta yang dibangunkan adalah tidak besar. Tambahan pula kereta elektrik ini adalah kereta rakyat, jadi bateri yang sesuai adalah bateri Lithium Ferrous Phosphate yang jauh lebih ekonomi
3. Jarak perjalanan – berdasarkan saiz bateri, jarak perjalanan untuk satu pengecasan penuh bagi bateri LFP yang dibekalkan oleh CATL (Contemporary Amperex Technology Co. Limited) ini adalah sekitar 400km ke 400km (+-50km) berdasarkan format NEDC. Jarak ini adalah jarak munasabah bagi sebuah kereta elektrik kompak untuk kegunaan bandar
4. Masa pengecasan – dengan tanggapan penggunaan DCFC 50kW, bateri ini dianggarkan akan mengambil masa pengecasan dari 30%-80% antara 20 minit ke 30 minit. Bagi sistem AC pula, besar kemungkinan ia akan menyokong pengecasan sehingga 11kW yang mengambil masa 7-8 jam untuk dipenuhkan sehingga 100%
5. Motor – bagi sebuah model kompak yang mementingkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik dan kos, konfigurasi yang sesuai ialah satu motor elektrik di gandar depan. Kuasa maksima yang boleh diteka adalah tidak melebihi 160 kuasa kuda dan 220Nm tork
6. Prestasi – kuasa ini sebenarnya sudah cukup untuk memecut kereta elektrik Perodua dari 0 ke 100km/h dalam masa 7 saat dengan kelajuan maksima 160km/jam. Memandangkan ia adalah sebuah kereta elektrik biasa dan bukannya sebuah EV prestasi tinggi, angka ini sebenarnya sudah OK
7. Kilang Baru – disebabkan rekaan platform dan juga cara pemasangan EV Perodua ini adalah berbeza, maka ia tidak sesuai untuk dipasang di kilang Perodua Manufacturing atau Perodua Global Manufacturing. Sebuah kilang baru telah dibina dan susunan workstation adalah optimum bagi pemasangan sebuah EV
8. Kapasiti kilang – walaubagaiamanapun, sasaran awal Perodua yang mengatakan anggaran jualan EV Perodua adlah sekitar 1000 ke 1500 unit sebulan adalah tidak masuk akal. Bila nak balik modal kalau jualan sikit sangat.
9. Hybrid? – Besar kemungkinan model baru ini akan dihasilkan dalam 2 rekaan samaada BEV (battery electric vehicle) dan juga HEV (hybrid electric vehicle). Adalah satu perkara yang normal bagi satu model kereta dikeluarkan dalam 2 perisa yang berbeza iaitu BEV untuk pengguna bandar manakala HEV untuk pengguna luar bandar
10. MyVi baru? – Salah satu model yang telah lama berada dalam pasaran dan masih belum diganti ialah Perodua MyVi yang masih menggunakan platform bukan DNGA. Jadi kami membuat spekulasi yang MyVi baru akan dijual dalam varian EV untuk golongan T20, hybrid untuk golongan pertengahan dan ICE bagi pengguna B40