ALKISAH RED CAR SKODA DAN TOUR DE FRANCE
Škoda telah menjadi rakan kongsi kenderaan rasmi Tour de France sejak 2004 dan terus mempunyai menjadi penyokong utama untuk acara berbasikal terbesar di dunia dengan penggunaan red car mereka.. Dan kini, Skoda sekali bagi bersiap siaga untuk menyokong penunggang, pegawai dan pasukan untuk kali ke-20. Kal ini Skoda akan menghantar model paling canggih mereka pernah ada, Enyaq.
Sejak 2004, Škoda telah menggunakan Tour de France sebagai ruang pameran terbaik untuk keretanya. Selain membekalkan kereta arahan yang digunakan oleh pengarah perlumbaan – dikenali sebagai kereta Direction Generale nombor 1. Skoda juga telah menyediakan lebih daripada 200 kenderaan sokongan untuk ahli pasukan penganjur dan pengurusan acara.
Walau bagaimanapun, ia adalah kereta pengarah perlumbaan yang paling dikenali kerana peranannya yang menjadi bintang utama apabila Red Car ini akan berada di hadapan sekali setiap perlumbaan. Red Car ini sememangnya terkenal dalam kalangan Tour de France, kerana ianya berfungsi sebagai pejabat pengarah perlumbaan dan merupakan hab komunikasi di mana pegawai perlumbaan dan pasukan pengurusan boleh mengawal dan memantau perlumbaan daripada Red Car ini.
Skoda Superb Mk1 (2004 – 2007)
2004 menyaksikan buat pertama kalinya mode Skodal Superb Mk1 ini dipilih sebagai Red Car yang baharu bagi menggantikan model Alfa Rome. Ianya dipilih sebagai kereta rasmi untuk Pengarah Perlumbaan kerana Skoda Super ini mempunyai ruang kaki yang lebih luas ala limosin, hasil daripada titik rodanya yang panjang.
Bumbung suria telah dibuat di bahagian belakang bagi membolehkan Jean-Marie Leblanc yang merupakan Pengarah Perlumbaan ketika itu untuk memantau secara terus di luar dengan berdiri tanpa masalah.
Skoda Superb Mk2
Generasi baharu Superb ini terus dipilih sebagai Red Car yang baharu dalam tempoh tiga bulan selepas ianya dilancarkan secara rasmi sewaktu Geneva Motor Show pada Mac 2008. Untuk Red Car yang baharu ini, ciri inovatif ‘twindoor’ telah diperkenalkan yang mana ianya membenarkan lid belakang dibuka sebagai pintu atau pun but gaya model sedan yang biasa dengan hanya menekan satu butang.
Superb generasi kedua ini juga sudah tentu mempunyai ruang lega kaki yang lebih besar berbanding generasi pertama bagi membolehkan sistem GPS yang telah dinaiktaraf ditempatkan di konsol tengah. Sudah tentu ruang kerja untuk Pengarah Perlumbaan ketika itu Christian Prudhomme lebih selesa.
Dan tahukah bahawa tempat duduk penumpang di sebelah Pengarah Perlumbaan yang lazimnya kosong turut pernah dihuni oleh beberapa tokoh terkemuka / selebriti untuk turut sama menikmati detik perlumbaan dalam Red Car seperti Tom Cruise, Ben Stiller, Connor McGregor, Prince Albert of Monaco dan Nicolas Sarkozy.
Skoda Superb Mk3 (2016 – 2019)
Red Car generasi ketiga ini pastinya lebih canggih yang mana ianya telah diubah suai oleh penganjur Tour de France dengan GPS dan hab komunikasi yang dikemas kini bagi membolehkan Christian Prudhomme akses kepada lebih banyak maklumat berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, sistem radio yang dipasang pada kereta generasi ketiga datang dengan empat saluran, satu saluran ‘Radio Tour’ yang menyediakan maklumat mengenai keseluruhan peloton, saluran ‘Maklumat’ yang menyampaikan maklumat mengenai laluan dan dua saluran peribadi yang dikhaskan secara eksklusif untuk Pengurus dan Pesuruhjaya.
Skoda Superb iV Mk3 (2020 – sekarang)
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Red Car, apabila model hibrid diperkenalkan dengan zero emisi. Sudah pastinya para pelumba yang berada di bahagian belakang cukup menghargai ketika mode hibrid digunakan tanpa perlu menyedut asap kereta lagi.
Skoda Enyaq (2020 – sekarang)
Model EV sepenuhnya ini turut digunakan seiring dengan model Superb baharu. Seperti biasa, kerja – kerja tingkat taraf telah dibuat meliputi pemasangan bumbung suria di atas tempat duduk belakang yang dilengkapi dengan tempat pemegang turut dipasang bagi memudahkan Pengarah Perlumbaan berdiri sambil memantau situasi perlumbaan.
Pada tahun 2020, Enyaq ini hanya digunakan di tiga peringkat terpilih sahaja berbanding Superb iV. Namun pada tahun 2021, Enyaq ini digunakan untuk secara keseluruhan perlumbaan dan terus menjadi pilihan sebagai Red Car utama. Cuma ada beberapa laluan mendaki gunung sahaja yang menggunakan Superb iV
BACA : SKODA ENYAQ SPORTLINE iV – INI BARULAH SUV KENDERAAN ELEKTRIK YANG BERGAYA