
SKODA SUPERB SLEEPER EDITION – MUNGKIN INILAH DIA WAGON SEBENAR IDAMAN PARA KETUA KELUARGA
Apabila menyebut tentang model Skoda Superb, tiada siapa dapat menafikan bahawa ianya merupakan model penting dan kemegahan buat pengeluar kenderaan dari Republik Czech itu semenjak dari tahun ketika ianya mula diperkenalkan di Frankfurt Motor Show. Sehingga kini, ianya telah pun mempunyai empat generasi dengan model generasi ketiga cukup laku dengan terjual lebih 860,000 unit daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta terjual untuk jumlah keseluruhan model Superb ini.

Untuk meraikan jualan yang luar biasa terhadap generasi ketiga Skoda Superb itu, Skoda UK telah menghasilkan sebuah model yang cukup istimewa yang dibuat dengan menggunakan tangan, Superb Sleeper Edition yang dihasilkan berdasarkan model Superb Estate 2.0TSI 280PS 4×4 yang mana ketika pengenalannya pada tahun 2016 merupakan model produksi Skoda yang paling berkuasa dan terpantas pernah dihasilkan. Dan ini merupakan model paling istimewa apabila hanya dibina sekali sahaja bagi menggambarkan status Superb sebagai kenderaan terbaik untuk kegunaan harian,
Skoda Superb Sleeper Edition ini telah direka dan dibina di UK oleh RE Performance, pasukan Jurutera yang sama menala Skoda Octavia yang telah memecah rekod terpantas di Bonneville Salt Flats pada 2011 dengan kelajuan 227.080 mph (365 km/j).
Dan wagon ini telah menerima pacuan semua roda dan kerja tingkat taraf mekanikal yang ekstensif apabila output enjin kini meningkat sehingga 477 PS dan 661 Nm. Enjin tersebut kini dipasang dengan turbo yang dinaik taraf dan sistem bahan api yang telah disemak semula. Peningkatan ini pastinya memberikan prestasi yang kereta yang lebih sekali gus memberikan kegembiraan kepada pemandunya.

Bagi memastikan penampilan luaran sesuai dengan namanya, mana keseluruhan wagon yang ini telah direndahkan sehingga 50 mm berbanding model standard serta ianya juga kini dilengkapi dengan sistem brek berprestasi tinggi bagi memberhentikan tanpa masalah.
Dan sebagai sebuah model sleeper, sudah tentu ianya masih lagi kelihatan seakan model standard tanpa rekaan bampar yang ekstrem. Cuma kemasan luaran yang digunakan adalah warna Royal Green, warna yang diperkenalkan di pasaran UK pada tahun 2023 bersempena dengan pertabalan King Charles III.

Dan bahagian dalaman turut menerima beberapa kemasan terkini seperti kawalan iklim Tri-zon, stereng pelbagai fungsi dan juga skrin sesentuh bersaiz 9.2 inci serta sistem pembesar suara Canton untuk meningkatkan ciri mewah pada model Wagon ini.
Akhir kata, model ini tidak akan dijual dan hanya akan menjadi koleksi milik Skoda sendiri. Tapi memang menarik bukan bila ubah suai gaya sebegini?
BACA : SKODA SUPERB BAHARU – SEGMEN D YANG BAIK UNTUK BOS BOS



