Artikel Pilihan

ŠKODA SUPERB SCOUT BAHARU – WAGON KE CROSSOVER NI?

Jenama ŠKODA di rantau Asia harus diakui bukanlah merupakan jenama yang popular. Akan tetapi, di Eropah Skoda ini merupakan antara jenama yang setanding dengan Volkswagen. (Apa lah. Kan diaorang tu adik beradik).

Jika sebelum ini ŠKODA agak agresif memperkenalkan SUV demi SUV kepada pasaran, namun usah kita lupa, Skoda juga sebetulnya agak handal bagi segmen kereta Wagon / Estate / Combi. (Skoda menggunapakai istilah Combi)

Tapi yang ini bukan sebarang wagon. Sekali tengok macam rugged pula. Inilah dia Skoda Superb Scout, model kemegahan pengeluar dari Republik Czech yang terbaharu.

Jelas sekali, paras rupa ŠKODA Superb Scout ini tidak seperti kelaziman yang ada pada sebuah Wagon. Ianya kelihatan macam sedikti tinggi. Penampilan luarannya ada iras sebuah Crossover. Jadi jangan hairanlah sekiranya ianya turut dilengkapi dengan AWD.

Sistem ampaiannya telah ditala semula untuk ditinggikan sekitar 15mm berbanding model standard Skoda Superb. Menariknya lagi, model ini turut mempunyai mode Off Road bagi memudahkan ianya melalui permukaan bentuk muka bumi yang berliku. Malah ŠKODA Superb Scout ini turut mempunyai perlindungan di bahagian bawah badan kereta bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Bahagian enjinnya pula pembeli boleh membuat pilihan diantara dua pilihan enjin diesel atau petrol yang cukup berkuasa. Enjin 2.0 TDI diesel ini mempunyai kuasa 140 kW (190 PS) yang disalurkan melalui kotak gear DSG tujuh kelajuan.

Manakala enjin 2.0 TSI pula mempunyai kuasa 200 kW (272 PS) yang turut dipadankan bersama kotak gear DSG tujuh kelajuan. Memang berdesup perginya.

Sudah tentu sebagai sebuah model Wagon, keupayaan ruang boot belakang dengan pelbagai fungsi akan menjadi bonus jika pemiliknya gemar membeli perabot di IKEA. Itulah kelebihan yang ada pada model ini.

Setakat nak sumbat sofa tiga tempat duduk pun bukanlah masalah besar rasanya. Nak selit katil untuk anak bujang pun boleh lagi rasanya ni kan?

Walaupun ŠKODA Superb Scout ini mungkin akan digunakan untuk tujuan lasak, namun sifat dan ciri mewah yang sepatutnya ada pada sebuah Skoda tidak mungkin diabaikan begitu sahaja. Ruang dalamannya menggunakan kemasan kayu di ruangan papan pemuka, konsol tengah dan juga sedikit pada ruangan pintu.

Tempat duduknya pula dibaluti dengan fabrik mewah daripada Alcantara yang mana turut mempunyai sulaman logo Scout di bahagian kepala.

Sebetulnya bariasan model keluaran Skoda ini boleh tahan menariknya juga. Tapi sayang tak sampai pun di negara kita. Untung juga jiran kita, Singapura yang turut mempunyai wakil pengedar ŠKODA yang sah di sana.

BACA : SKODA SUPERB 19, RINGKAS BERGAYA ( SEPUPU VW PASSAT

BACA : SKODA FABIA COMBI MONTE CARLO 2019 – WAGON KOMPAK ELEGAN

Google ads

B K

Back to top button