Artikel Pilihan

MERCEDES-MAYBACH SL MONOGRAM IALAH ROADSTER PALING MEWAH DI DUNIA – NAYA MIATA ABANG KALAU PAKIR SEBELAH

Mercedes-Maybach SL Monogram baharu saja ditunjukkan kepada umum di Monterey Car Week baru-baru ini dan rasanya inilah gambar sebenar kenapa ia layak menerima gelaran roadster termewah di dunia.

Ia bakal ditawarkan sebari dengan Mercedes-Maybach S-Class, GLS dan EQS SUV. Ia mempunyai perbezaan yang agak ketara berbanding Mercedes-AMG SL terutamanya pada bahagian bumper hadapan dan belakang.

Lihat dengan lebih teliti dan anda akan dapati beberapa kemasan krom baharu selain gril hadapan bentuk menegak. Lampu utama Digital Light LED baharu kini mempunyai elemen rose-gold. Terdapat juga dua pilihan rim bersaiz 21 inci.

Pemilik boleh memilih antara dua warna sama ada merah ataupun putih untuk luaran dengan bonet berwarna hitam. Logo Maybach dicetak terus ke permukaan bonet sebelum ditutup dengan lapisan pelindung jernih.

Bumbung fabriknya juga ditawarkan dengan corak logo yang sama menyerupai bahagian bonet.

Tempat duduk belakang SL dibuang terus untuk menempatkan penutup bumbung. Bahagian dalaman lain dikekalkan kali ini ia disudahkan dengan kemasan dan material yang lebih mahal sesuai dengan peningkatan harga berbanding SL standard. Antaranya ialah kulit Nappa, bahagian belakang tempat duduk daripada perak bergalvani.

Pendek kata penuh jugaklah bahagian dalaman kereta ini dengan elemen logam yang dikilatkan. Tak mainlah kemasan krom murah yang jiran korang beli kat sopi tu.

Kuasa SL Monogram ini datangnya dari enjin 4.0 liter mild-hybrid V8 yang sama seperti Mercedes-AMG 63 4Matic+. Ia kemudiannya digandingkan dengan transmisi 9-kelajuan automatic, sistem pacuan semua-roda pelbagai dan sistem stereng tayar-belakang.

Harga belum diumumkan tapi jangan berangan la harganya akan murah. Nama Maybach ni biasanya hanya dalam jangkauan kemampuan raja-raja dan hartawan miliyanar. Marhain macam kita ni hanya mampu tengok sahaja. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Google ads
Back to top button