Buletin

KERETA LUMBA BENTLEY SPEED SIX DIBINA SEMULA UNTUK MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DI GOODWOOD FESTIVAL

Kira kira 93 tahun yang lampau, wujud sebuah model kereta lumba Bentley yang menjadi idola buat peminat permotoran. Ianya diberi nama Speed Six. Kini, Speed Six model pertama yang baharu dalam tempoh 93 tahun akan membuat kemunculan semula di Goodwood Festival of Speed tahun ini.

Kereta lumba Bentley yang paling berjaya, Speed Six dianggap sebagai salah satu model Bentley yang cukup penting terhadap sejarah Bentley sendiri. Speed Six Car Zero ini akan digunakan dalam program pembangunan bagi menguji ketahanannya dan bukan sekadar menjadi bahan pameran. Sebanyak 12 buah Speed Six baharu akan dibina kelak dan kesemuanya sudah habis dipesan.

Speed Six baharu ini dibina dengan mengekalkan identiti serta rupa bentuk asal dengan menggunakan proses pembuatan yang sama bagi menjamin keaslian model yang menjadi lagenda kepada Bentley ini.

Proses penyelidikan pembuatan semula telah dilakukan secara terperinci demi memastikan setiap bahan pembuatan Speed Six adalah asli seperti asal, dengan tumpuan khusus diberikan kepada spesifikasi dan persediaan kereta asal ketika menghadapi saingan perlumbaan 24 Hours of Le Mans 1930.

Berapa kepingan lukisan asal  telah digunakan sebagai rujukan dengan 80% daripada yang asal ditemui melalui Yayasan Memorial WO Bentley. Lukisan tersebut telah ditambahkan lagi dengan nota asal daripada mekanik yang memperincikan setiap perubahan yang dibuat antara perlumbaan 1929 dan 1930, di samping data yang diambil daripada 1930 Speed Six daripada Koleksi Warisan Bentley serta pelumba asal  Le Mans 1930, yang dikenali sebagai Old Number 3.

Lebih daripada 600 bahagian individu baharu diperlukan untuk membangunkan semula enjin seperti spesifikasi perlumbaan terhadap enjin enam silinder 6½ liter baharu. Ujian dyno awal telah menunjukkan enjin pertama ini mampu menghasilkan 205 hp pada kemuncaknya.

Bahagian luaran Speed Six serba baharu ini telah dilayangkan dengan warna Parsons Napier Green yang menyerlahkan ciri klasik dan asli.

Speed Six Car Zero telah pun dibina sejak sepuluh bulan lalu oleh pasukan artisan yang pakar daripada Mulliner. Ini bukan sekadar sebuah kereta tetapi merupakan hasil karya seni yang cukup bernilai. Kerja – kerja pembinaannya telah dibuat sepenuhnya di Kilang Bentley Dream Factory yang terletak di Crewe.

Dalam tempoh enam bulan akan datang kesemua bakal pemilik akan berpeluang membincangkan spesifikasi mereka dengan lebih terperinci. Pelanggan akan ditawarkan perkhidmatan pemasangan spesifikasi mengikut kehendak sendiri dalam pembangunan kereta berikutnya kedua yang dikenali sebagai Speed Six Factory Works, sekali gus memastikan setiap kereta dibina mengikut keperluan keselesaan setiap pelanggan.

Program pengesahan untuk Speed Six Car Zero adalah setanding dengan Blower Car Zero, dan akan merangkumi pengumpulan perbatuan dunia sebenar dan dua simulasi perlumbaan.

Harga jualan untuk sebuah unit Speed Six ini adalah  £1.5 juta (RM 9 juta).

BACA : EDDIE HALL – SATU-SATUNYA PEMANDU PERNAH MENYERTAI LE MANS SECARA BERSENDIRAN

BACA : MODEL PERTAMA BENTLEY YANG SERTAI LE MANS 100 TAHUN DAHULU DIJUAL PADA HARGA £3 JUTA

Google ads

B K

Back to top button