Buletin

AUDI AUTO UNION TYPE 52 – LAGENDA DARI MASA LALU YANG TIDAK SEMPAT DIBINA

Sukan sukan permotoran era lampau, pastinya ramai yang mengetahui akan model Auto Union Silver Arrows, kereta lumba Grand Prix legenda pada 1930-an. Tetapi hampir tidak ada yang tahu bahawa versi kereta sukan jalanan dengan enjin 16 silinder juga telah dirancang untuk kereta lumba perintis ini. Dan inilah dia Auto Union Type 52. Kini Audi telah membina kereta ini dan mempersembahkannya kepada orang ramai untuk kali pertama di Goodwood Festival of Speed 2024.

Seiring dengan pembangunan model Auto Union Silver Arrows khusus untuk perlumbaan Grand Prix, rupanya dalam diam Auto Union AG serta pejabat reka bentuk Ferdinand Porsche juga sedang merancang membina model sport jalanan yang sah untuk digunakan atas jalan raya. Kertas konsep tersebut menamakan kenderaan tersebut sebagai “Schnellsportwagen”.

Auto Union Type 52, projek yang mula dikenali, bertujuan untuk dijual kepada pelanggan untuk memandu dalam perlumbaan jarak jauh seperti Mille Miglia atau pun dalam pertandingan kereta sukan seperti perlumbaan tahan lasak di Spa-Francorchamps mahu pun di Le Mans.

Malangnya kereta sport yang sepatutnya menjadi lagenda tidak sempat dibina langsung pada tahun 1935 akibat daripada meletusnya Perang Dunia II dan terus menjadi kertas sejarah sahaja. Dan Audi sudi untuk membina model ini berdasarkan dokumen asal untuk dipertontonkan kepada umum.

Auto Union Type 52 direka untuk berkongsi banyak komponen mekanikalnya dengan kereta lumba Silver Arrow. Casisnya menggunakan ladder frame untuk menempatkan enjin yang dipasang pada bahagian pertengahan. Enjin 4.4 liter 16 silinder yang dikongsi dengan Type A berupaya menghasilkan kuasa sekitar 200 HP dan 436 Nm.

Berbanding dengan kereta Grand Prix, mampatan enjin akan diturunkan untuk membolehkan Type 52 menggunakan petrol biasa biasa, dan nisbah gear pengecas super Roots juga akan dikurangkan. Walaupun output agak berkurangan daripada kereta lumba, Type 52 masih berteori mampu mencapai kelajuan tertinggi 200 km/j.

Di bahagian kabin, Audi masih lagi mengekalkan ciri retro dan rekaan yang asal, sama seperti Cetakan Biru yang asli termasuklah tiga kerusi tempat duduk dengan kerusi pemandu berada di bahagian tengah yang hanya dibalut dengan kain dan juga kemasan kayu pada beberapa bahagian.

 Tom Kristensen selaku juara Le Mans dan juga Hans-Joachim “Strietzel” Stuck seorang lagenda perlumbaan akan berada di dalam kereta yang mengambil masa kira kira setahun pembinaannya untuk beraksi di Goodwood Festival of Speed.

BACA : MR BEAN PANDU TOYOTA GR YARIS HIDROGEN DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED

BACA : KERETA LUMBA BENTLEY SPEED SIX DIBINA SEMULA UNTUK MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DI GOODWOOD FESTIVAL

Google ads

B K

Back to top button