Buletin

SUBARU PERFORMANCE-B STI CONCEPT – INI BARULAH SEMANGAT STI SEJATI

Jenama Subaru yang sememangnya cukup dikenali model sport lengkap dengan lencana STI sememangnya agak dirindui buat peminat mereka dan juga sukan rali. Entah mengapa, Subaru telah menayangkan sebuah model konsep Subaru Performance-B STI, mungkin sekadar untuk mengusik jiwa peminat sementelah kali terakhir WRX STI berada dalam pasaran pada tahun 2021.

Ditayangkan bersempena dengan Japan Mobility Show (JMS) 2025, kehadiran Subaru Performance-B STI Concept ini diliaht mengujakan dengan rupanya kembali ke sebuah versi hatchback yang cukup garang.

Model konsep ini telah dibina berdasarkan Subara Impreza 2024 generasi keenam yang telah kembali kepada sebuah model hatchback. Jelas sekali rupa Subaru Performance-B STI Concept ini tampil lebih garang dari segi rupa visual berbanding model standard Impreza lengkap dengan kit badan yang telah mengalami proses luluhawa dari bahagian ruangan fender hadapan membawa ke belakang yang kelihatan senada dari bahagian bampar hadapan hingga ke bampar belakang.

Flitter hadapan jelas sekali akan berfungsi sebagai salah satu ciri aerodinamik yang diperlukan ketika model STI ini memecut laju, Manakala logo STI yang berwarna merah itu cukup untuk membuktikan kepada masyarakat dunia bahawasanya Saya Telah Kembali disamping rekaan skup udara yang besar di bahagian tengah hud, cukup untuk memaklumkan bahawa ianya dilengkapi dengan sistem turbo.

Bahagian bampar belakang juga telah direka kembali dengan lebih garang serta terdapat ekzos berkembar di bahagian tengah. Entah mengapa, sayap yang besar itu mengingatkan peminatnya bahawa model ini sebenarnya telah bersedia untuk beraksi dalam sukan rali.

Walau pun tiada makluman rasmi mengenai trenkuasa, namun agak mudah untuk meneka Subaru Performance-B STI Concept ini menggunakan enjin boxer serta sudah tentu dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda simetri.

Mungkin juga dengan kehadiran model konsep ini mungkin memberikan sedikit harapan bahawa Subaru juga sedang membina sebuah model yang akan kembali menjadi lagenda dan bersedia untuk kembali ke dunia rali kelak. Cuma mana nak cari enjin 1.6 turbo kalau nak masuk semula rali nanti? Nak kena pinjam dengan Toyota jugalah kot nanti.

BACA : SUBARU TAMPIL SEBAGAI PENAJA UNTUK FOREST RALLY STAGE DI GOODWOOD FESTIAL OF SPEED 2025

BACA : SUBARU SAH AKAN LANCAR MODEL BERPRESTASI TINGGI, STI KEMBALI?

Google ads

B K

Back to top button