Buletin

SUBARU TAMPIL SEBAGAI PENAJA UNTUK FOREST RALLY STAGE DI GOODWOOD FESTIAL OF SPEED 2025

Subaru UK & Ireland dengan bangganya telah mengumumkan sokongan mereka terhadap acara yang ikonik Forest Rally Stage bersempena dengan acara Goodwood Festival of Speed 2025 yang berlangsung pada 10 – 13 Julai di Goodwood Estate.

Forest Rally Stage yang menampilkan trek berliku yang diukir melalui kawasan hutan di persekitaran Goodwood di West Sussex, adalah salah satu ciri festival yang paling dinantikan. Dengan Subaru kini tampil sebagai penaja untuk tajuk, penonton akan menikmati siri perlumbaan yang mengasyikkan, hanya beberapa meter daripada jentea rali yang bersejarah dan moden, sambil mengembara bebas melalui paddock terbuka, bersemuka dengan pemandu legenda serta membelek jentera rali bertaraf dunia dari dekat.

Sementara itu, Subaru Solterra pacuan semua elektrik akan berfungsi sebagai Official Couse Vehicle untuk Forest Rally Stage ini. Peranan penting ini akan memastikan laluan peringkat sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk para pesaing, menjelang setiap pusingan. Sejak tahun 2005, Forest Rally Stage telah menjadi perlumbaan penting acara Festival of Speed ini dan terus menonjol sebagai tarikan yang mesti ditonton untuk peminat semua peringkat umur.

“Di Subaru, acara rali adalah sebahagian daripada warisan kami,” kata Lorraine Bishton, Pengarah Urusan, Subaru UK. “Sokongan kami terhadap Forest Rally Stage tahun ini menawarkan peminat pengalaman intim dan mendebarkan yang merakam semangat pengembaraan dan prestasi kami dengan sempurna. Kami berbesar hati untuk menyokong platform dinamik seperti itu di mana warisan dan inovasi sukan permotoran bersatu.”

Secara kebetulan acara Festival of Speed ​​tahun ini meraikan legenda rali Colin McRae, yang menjadi pemandu British pertama memenangi Kejohanan Rali Dunia pada tahun 1995. Goodwood akan menandakan ulang tahun ke-30 kejayaan Colin McRae dengan pameran komprehensif kereta yang dipandunya sepanjang kerjayanya yang sangat berjaya. Yang pastinya jentera lagenda Subaru Impreza 555 yang menjadi juara dunia akan menjadi tumpuan buat para peminat rali untuk melihat dengan lebih dekat.

Menarik juga apabila Subaru USA akan hadir dengan jentera WRX: Project Midnight yang membuat kemunculan tahun sebelumnya serta jentera WRX ARA25 bersama pemandu Travis Pastrana.

BACA : KERETA RALI SUBARU WRX STI 2017

BACA : SEMBANG SANTAI – SUBARU GC8 SI KERETA RALI CHEPOT

Google ads

B K

Back to top button