Buletin

SUPERGT KEMBALI! TIKET SERENDAH RM80 SAHAJA!!!!

Setelah lebih enam tahun hilang dalam kalendar perlumbaan tempatan, nampaknya SuperGT kembali ke tanahair. Lebih menarik lagi, perlumbaan kali ini akan diadakan pada waktu malam.

SuperGT akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 hingga 19 Julai 2020 yang merupakan pusingan kelima bagi kelandar 2020 Autobacs SuperGT Series.

Pelancaran sebentar tadi disempurnakan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat.

Perlumbaan kali ini dibawakan oleh Haro Sports selaku rakan penganjur. Menurut Fahrizal Hasan dari Haro Sports, perlumbaan malam dipilih kerana ia unik dan belum pernah diadakan dalam kalendar SuperGT sebelum ini.

SuperGT bukanlah acara baru malah Malaysia pernah menganjurkannya pada 2000 hingga 2002, kemudian kembali dengan satu musim pada 2013.

Tahun ini, pemganjur menjangkakan kehadiran seramai 80,000 pengunjung dalam empat hari acara diadakan.

Pelbagai acara sampingan diadakan antaranya pit walk, grid walk, circuit safari dan aktiviti pentas di kawasan mall. Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun juga berpeluang menyertai sesi Kids Pit Walk pada Khamis.

Fahrizal juga mengumumkan pelumba Malaysia, Jazeman Jaafar dan Dato Adrian da Silva akan bergandingan dalam kelas GT300 menerusi menggunakan jentera GT3 R dalam satu tikel wildcard yang diberi.

Google ads
Back to top button