" "
Buletin

TESLA MODEL Y 2025 TIBA DI SINGAPURA – DUA VARIAN, TAWAR JARAK GERAK 551KM

Tesla Model Y 2025 yang dikemas kini, dikenali dengan kod projek ‘Juniper’ telah dilancarkan secara rasmi di Singapura.

Model Y Juniper 2025 hadir dalam dua varian iaitu Rear-Wheel Drive (RWD) dan Long Range All-Wheel Drive (AWD).

Rear-Wheel Drive (RWD) diberi tanda harga bermula SGD223,127 (RM729,609), dan Long Range All-Wheel Drive (AWD) daripada SGD247,251 (RM808,493).

Kedua-dua varian ini menampilkan rekaan eksklusif – cyber unik serta pilihan warna baharu yang dikenali sebagai Glacier Blue.

Model ini tampil dengan beberapa perubahan ketara, termasuk rekaan lampu LED “light bar” yang serba baharu serta kedudukan nombor pendaftaran – kini dialihkan ke bahagian bawah bampar belakang.

Model terbaru ini menampilkan beberapa elemen unik bagi meningkatkan daya tarikan serta pengalaman pemanduan:

  • Lencana pelancaran eksklusif di bahagian belakang.
  • Lampu puddle dan plat pintu dengan ukiran ‘Launch’.
  • Konsol pengecasan dan pelapik lantai dengan aksen perak.
  • Interior serba hitam dengan kemasan suede vegan.

Tesla turut menambah baik aspek keselesaan dengan memperkenalkan kabin yang lebih senyap, penggunaan kaca dwi-lapisan pada semua tingkap, serta bumbung panoramik disaluti perak berfungsi untuk mengurangkan penyerapan sinar UV serta haba.

Bagi meningkatkan kecekapan aerodinamik, Model Y Juniper kini dilengkapi dengan reka bentuk rim baharu serta peresap belakang yang membantu mengurangkan rintangan udara dan meningkatkan kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Selain itu, model ini turut menampilkan beberapa ciri moden seperti:

  • Pencahayaan ambien yang boleh dilaraskan.
  • Tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan.
  • Skrin infotainment berukuran 15.4-inci
  • Skrin paparan tambahan 8-inci untuk penumpang di barisan kedua.
  • Keupayaan melipat tempat duduk belakang dengan satu butang bagi kemudahan tambahan.

Dari segi kuasa, Model Y Juniper menawarkan prestasi yang mengagumkan:

  • Varian RWD: Dikuasakan oleh motor tunggal dengan jarak gerak sehingga 466km (WLTP) bagi setiap pengecasan penuh.
  • Varian Long Range: Dilengkapi dwi-motor, memberikan jarak gerak sehingga 551km bagi satu cas penuh.

Untuk pasaran Malaysia, Model Y Juniper 2025 dijangka dilancarkan bulan depan, manakala penghantaran pada April. Bagi harga pula, ia ditawarkan pada harga berikut:

  • Rear-Wheel Drive (RWD) – Bermula dari RM195,450
  • Long Range – Bermula dari RM242,450

Dengan gabungan rekaan segar, peningkatan teknologi serta kecekapan prestasi, Tesla Model Y Juniper 2025 tampil sebagai pilihan menarik bagi mereka yang mencari SUV elektrik moden serba canggih.

GALERI:

Google ads
Back to top button