" "
Buletin

JAECOO J5 BAKAL MENDARAT DI PASARAN INDONESIA – TAWAR DUA VARIAN, JANA 195PS

Setelah rasmi memasuki pasaran Indonesia dan memperkenalkan SUV J7, Jaecoo dijangka bakal membawa masuk sebuah model SUV segmen-B, iaitu J5.

Menurut Ketua Produk, Ryan Ferdiean, Jaecoo J5 akan dilancarkan secara rasmi pada sekitar suku kedua tahun ini.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran mirip seperti Omoda 5 atau lebih kecil berbanding Jaecoo J7, sekaligus bakal memenuhi keperluan penggunaan di bandar.

Bersaiz 4,380mm panjang, 1,860mm lebar, 1,650mm tinggi, dengan jarak roda 2,620 mm, Jaecoo J5 bersaing dengan model seperti Honda HR-V dan Omoda 5.

Di dalam kabin, ia menerima kelengkapan seperti sistem infotainmen berorientasikan potret 13.2-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple Car Play, gugusan instrumen digital bersepadu dash, dan upholsteri kulit tiruan dua tona.

Selain itu, terdapat juga pencahayaan ambien Gamut 16.8 Juta warna, yang memberi pemilik peluang untuk menyerlahkan papan pemuka pada waktu malam.

Perincian lain termasuklah dilengkapi kaca kalis bunyi berlapis dua, yang membantu dengan persekitaran yang tenang di dalam kabin.

Jaecoo juga menyebut bahawa J5 dilengkapi dengan bumbung kaca panorama bersepadu terbaik dalam kelas 1.45m2.

Menariknya, ruang but, berkeluasan 480 liter adalah lebih besar daripada J7 dan juga boleh dikembangkan sehingga 1,180 liter – menjadikannya cukup praktikal untuk kebanyakan keperluan keluarga.

Dari segi kuasa, Jaecoo J5 dilengkapi dengan mesin TGDi empat silinder 1,6 liter, sama seperti yang digunakan untuk J7.

Jaecoo J5 dapat menghasilkan kuasa hingga 195PS dan 290Nm tork serta dipadankan bersama Dual Clutch Transmission (DCT) 7-kelajuan.

Jaecoo J5 tersedia dalam dua pilihan iaitu FWD (front-wheel drive) atau AWD (all-wheel drive).

Bagi ciri kemudahan dan keselamatan, J5 didatangkan dengan pemanduan pintar tahap L2+ serta 19 sistem bantuan pemanduan seperti kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik dan banyak lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, model ini bakal dilancarkan di Malaysia pada suku keempat 2025.

Google ads
Back to top button