" "
Motosikal

YAMAHA YZF-R25 2025 MASUK MALAYSIA TAHUN INI? – 35.5HP, 23.6NM

Yamaha baru-baru ini telah pun melancarkan YZF-R25 generasi terbaru di pasaran Indonesia yang menampilkan reka bentuk terbaru serta beberapa kelengkapan terkini. 

Kami sudah pun menjangkakan kemunculan R25 generasi terbaru itu selepas Yamaha melancarkan versi 300cc (R3) untuk pasaran Eropah sekitar November tahun lalu di EICMA 2024. 

Seperti jangkaan, R25 keluaran 2025 ini menawarkan pelbagai ciri yang sama dengan R3 kecuali trenkuasa yang dipacu enjin dua silinder (parallel-twin) 249cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 35.5hp pada 12,000rpm dan 23.6Nm pada 10,000rpm. Angka kuasa terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding 35.4hp dan 22.6Nm yang dihasilkan generasi sebelum ini. 

Meskipun begitu, perubahan ketara terarah kepada reka bentuk yang tampil lebih segar dan agresif ekoran mengikut acuan sama seperti YZF-R9 serba baharu. Hasilnya, lampu depan kini lebih tirus dan dipadankan dengan DRL (daytime running light). 

Sementara itu, meskipun masih lagi mengekalkan kerangka yang sama namun R25 versi 2025 ini adalah 3kg lebih ringan dengan 166kg dan memuatkan tangki bahan api berkapasiti 14L. 

Antara ciri lain ditawarkan secara standard termasuk:

  • lampu LED penuh depan dan belakang
  • meter digital LCD dengan Shift Timing Light
  • killswitch baharu
  • fork USD depan, 
  • tayar 110/70-17 depan
  • tayar 140/70-17 belakang
  • ABS
  • Yamaha Y-Connect

Memandangkan generasi terbaru R25 telah pun debut di Indonesia, kami menjangkakan sportsbike 250cc ini akan turut diperkenalkan di Malaysia tahun ini. 

GALERI: YAMAHA YZF-R25 2025

Google ads
Back to top button