ROLLS-ROYCE WRAITH KUSTOM JUSTIN BIEBER. PELIK DAN FUTURISTIK, MACAM TERAPUNG JE
Justin Bieber merupakan antara selebriti antarabangsa yang meraih pendapatan tertinggi dengan mewarnai pentas hiburan dunia.
Figura kelahiran Kanada yang mula ditemui seawal usia 13 tahun itu, dilaporkan memiliki kekayaan mencecah AS$300 juta (RM1.21 bilion).
Justeru, tidak pelik jika dia membelanjakan kemewahan tersebut dengan membeli koleksi jentera mewah.
Terbaharu, Bieber dikatakan telah mendapatkan sebuah Rolls-Royce Wraith kustom dibikin khas West Coast Custom.
Jentera terbaharu tersebut dikesan seorang Youtuber, effspot dengan menampilkan rekaan agak pelik dan futuristik tidak seperti model standard Wraith.
Memandangkan, West Coast Custom ingin memastikan hasil karya mereka kelihatan berbeza hampir keseluruhan panel luar kereta telah ditukar.
Di bahagian hadapan, jentera itu dilengkapi lampu baharu dan gril lebih kecil malah didatangkan ruang kemasukan udara dan hud khas.
Selain itu, perbezaan ketara dapat diperhatikan pada bahagian tepi kenderaan terutama penutup tayar depan dan belakang malah lengkungan roda sangat unik.
West Coast Custom turut menanggalkan cermin sisi dan menggantikan dengan kamera kecil di depan lengkungan roda.
Mana boleh bahagian belakang tidak dilakukan perubahan, ia mendapat sentuhan lampu berbentuk segi tiga.
Melalui rakaman video, tidak dapat dipastikan sama ada bahagian kabin turut dilakukan kustom.
Dengan perubahan ketara di bahagian luar, tidak mengejutkan jika kemasan dalaman lagi menarik dan futuristik. – carscoops/hyperbeast
- BACA: PAKAI ROLLS ROYCE DAN TINGGAL DI RUMAH SETINGGAN – SI KAYA LICIK
- BACA: WALAUPUN NEGERI MISKIN, RAJA DENGAN 15 ISTERI BELI 19 BUAH ROLLS ROYCE & 120 BUAH BMW!
- BACA: ROLLS ROYCE PHANTOM DENGAN ENJIN TOYOTA 2JZ – KERJA GILA!
- BACA: HADIAHKAN ANAK BERUSIA 12 TAHUN ROLLS-ROYCE WRAITH. IBU KENA KECAM NETIZEN