Buletin

TOC PERLUAS PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR

The Otomotif College (TOC) merancang untuk memperluas program pertukaran pelajar berikutan kejayaan kerjasamanya dengan Ajou Motor College (AMC), satu-satunya kolej automotif khusus di Korea. 

TOC Ajou (3)

Ketua Pegawai Operasi TOC, Thin Lee Chean memberitahu pihaknya mahu meneroka pelaksanaan program pertukaran yang serupa bersama kolej yang terkemuka di Eropah dan Afrika Selatan dalam tempoh terdekat.

“Kami percaya program seperti ini amat berharga untuk memberikan pelajar daya saing dan berpandangan global. Mereka juga terdedah dengan budaya serta persekitaran berbeza hasil daripada interaksi rapat bersama rakan-rakan dari negara lain,” kata Lee Chean.

TOC menjadi tuan rumah kepada 20 orang pelajar tahun pertama dari AMC. Ini merupakan kunjungan kedua AMC dalam tempoh dua tahun. Menurut ketua delegasi, Profesor Jie Myoung Seok, AMC mempunyai program pertukaran antarabangsa dengan kolej di Australia, Kanada, China, England, Jepun, Kazakhstan, Malaysia dan New Zealand.

TOC Ajou (1)

“Kami membuat keputusan untuk berganding bahu dengan TOC di Malaysia kerana ia telah disyorkan sebagai kolej automotif terulung di negara ini dan kami berkongsi wawasan yang sama. Para pelajar kami mendapat manfaat besar daripada peralatan terkini TOC seperti system CAN-Bus dan rangkaian kenderaan hebat yang terdiri daripada pelbagai jenama,” katanya.

Pelajar tahun pertama AMC, Lee Yong Han, 23 tahun, berkata dia gembira kerana dapat menggunakan sistem CAN-Bus, sistem ECU dan menukar minyak semasa mengikuti kelas di TOC.

Noh Eung Kon, 24 tahun, seronok dengan pelbagai pilihan kereta yang disediakan di TOC. Ini kerana para pelajar AMC biasanya hanya mengendalikan kereta Korea seperti Hyundai dan.

TOC Ajou (2)

“Pengalaman di sini sungguh menyeronokkan. Ia juga membuka mata kami kerana berpeluang untuk mengendalikan kereta seperti Mercedes Benz, BMW, Citroen, Toyota, Mitsubishi dan Proton,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai TOC, sila layari laman web: www.toc.edu.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button