Buletin

MYTUKAR LANCAR PROGRAM PERANTIS DENGAN TOC. DIJAMIN DAPAT KERJA DI MYTUKAR DAN CARRO

myTukar Sdn. Bhd., platform jualan kenderaan terpakai atas talian paling cepat berkembang di Malaysia telah melancarkan Program Perantis myTukar dengan kerjasama Kolej Otomotif TOC.

Program selama 12 bulan ini akan menjadi penanda aras industri untuk pembangunan golongan profesional automotif di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dengan empat kemasukan setiap tahun, Program Perantis myTukar dijangka menghasilkan 100 hingga 120 orang perantis setahun. Selepas menamatkan Kursus Pembantu Juruteknik Automotif selama tiga bulan di TOC, para perantis akan meneruskan latihan praktikal selama sembilan bulan di myTukar dan pusat pemeriksaan Carro.

Modul yang disesuaikan oleh TOC membolehkan peralihan yang lancar kepada pekerjaan tetap di myTukar dan Kumpulan Carro selepas program selesai. Perantis-perantis yang berjaya akan dijamin laluan kerjaya dalam myTukar di Malaysia atau tugasan-tugasan di wilayah-wilayah Asia Tenggara dalam Kumpulan Carro.­

Program Perantis myTukar akan melihat pelajar-pelajar menamatkan kursus Pembantu Juruteknik Automotif (ATT) selama tiga bulan di TOC. Mereka kemudian akan menjalani latihan praktikal selama sembilan bulan di pusat pemeriksaan kenderaan myTukar dan Carro.

Pelajar-pelajar di bawah Program Perantis myTukar akan dibayar elaun latihan praktikal sebanyak RM1,200 sebulan dan selepas tamat pengajian. Graduan Program Perantis myTukar dijamin pekerjaan bersama myTukar atau pejabat-pejabat Kumpulan Carro di Asia Tenggara dengan gaji minimum RM1,800 ke atas.

Pembayaran yuran kursus akan dilakukan melalui potongan gaji setiap bulan. Kemasukan seterusnya Program Perantis myTukar ialah pada April 2021.

Maklumat lanjut mengenai Program Perantis myTukar, sila layari www.myTukar.com atau telefon +603 5569 0999.

Google ads
Back to top button