Motosikal

YAMAHA MT-09 TERIMA ANUGERAH IF

Yamaha Motor Co., Ltd baru-batu ini mengumumkan bahawa model sports keluarannya, Yamaha MT-09 telah menerima anugerah reka bentuk produk iF.

Yamaha-MT-09 (10)

Untuk makluman, iF adalah anugerah reka bentuk berprestij di dunia. Ia dimulakan sejak tahun 1953 oleh organisasi promosi reka bentuk Industrie Forum Design Hanover (iF), yang berpangkalan di Hanover, Jerman.

Yamaha-MT-09 (2)

Setiap tahun, reka bentuk mengagumkan dalam tiga kategori iaitu komunikasi, produk dan konsep akan dipilih dari seluruh dunia. Untuk tahun 2014, penyertaan diterima dari 55 buah negara melibatkan 1,220 item yang terdiri daeripada pelbagai jenis produk.

Yamaha-MT-09 (7)

Rekaannya yang segar itu dikatakan menggabungkan beberapa elemen berbeza seperti konsep jentera naked dan supermotard. Ia juga menawarkan tunggangan yang lincah dan pengendalian terbaik.

Yamaha-MT-09 (4)

Yamaha MT-09 dikuasakan oleh enjin yang baru dibina berdasarkan kepada Crossplane Concept. Enjin itu didakwa mampu menawarkan kuasa tork yang linear berdasarkan kepada input pendikit daripada penunggangnya.

Yamaha-MT-09 (slider dlm) (2)

“Kami semua amat berbangga apabila Yamaha MT-09 menerima pengiktirafan reka bentuk yang paling berprestij di dunia iaitu anugerah iF. Kami bekerja keras untuk menghasilkan sebuah motosikal yang sporty, boleh digunakan setiap hari dan penuh gaya,” kata Ketua Jabatan Pembangunan Reka Bentuk GK Dynamics Incorporated, Kazumasa Sasanami.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button