Artikel Pilihan

TONGKAT “KAKI ITIK” BUATAN MALAYSIA, LIFETIME WARRANTY!

Pernah tak anda hadapi situasi tongkat “tenggelam” bila motor diparkir di kawasan rumput atau tanah lembut? Ya. ia kerana fizik, motor berat dan permukaan tapak tongkat yang kecil menyebabkan ia mudah tenggelam dan menyebabkan motor tak seimbang dan tumbang.

“side stand extender” adalah tapak tambahan yang direka dengan padanan pada bahagian bawah tapak tongkat sisi motosikal. Ia bukanlah produk baru di kalangan motosikal berkuasa tinggi – adventure khususnya.

Digelar juga dengan nama “kaki itik”, terdapat banyak jenama di pasaran, dari yang generic, copy ori, berjenama seperti Turatech, Wunderlich, SW MOtech, Hepco Becker, R&G, Rizoma dan macam-macam. Fungsinya semua sama. Untuk pastikan tongkat tidak tenggelam di permukaan tanah.

Tapi kami tertarik dengan produk nan satu ni. Produk tempatan yang direka oleh Mybikers ini merupakan rekabentuk agak universal yang boleh dipadankan pada hampir 30 jenis motosikal dari model berbeza.

Menarik? Ya. sebab biasanya, tapak yang dijual di pasaran khusus untuk model tertentu. Mybikers membuat satu produk supaya ia boleh disesuaikan dengan pelbagai model motosikal dengan beberapa penyesuaian kecil sewaktu pemasangan.

Apa yang lebih menarik perhatian kami ialah jaminan yang diberi.

Mybikers memberi jaminan SEUMUR HIDUP, sesuatu yang anda tidak dapat pada mana-mana produk lain seumpamanya.

Beli sekali, boleh tukar pada motor lain bila jual dan masih ada jaminan.

Dan lebih penting, ia produk tempatan yang direka sepenuhnya oleh anak tempatan dengan bahan-bahan tempatan.

Dalam satu pautan terkini di laman facebook Mybikers mereka memuatnaik status berikut;

Terima kasih boss besar! Atas kepercayaan kepada MyBikerZ Side Stand Extender, lebih 30 jenis motorsikal boleh pakai alat yang kami cipta ini. Life time warranty lagi.. harga pun maintain..cun.. murah jer.. maklumat lanjut bleh call 0132121900 ya!”

Kepada anda yang berminat, boleh terus menghubungi nombor di atas.

GALERI

Google ads
Back to top button