
TOYOTA FJ BRUISER CONCEPT – APA SAHAJA BENTUK MUKA BUMI PUN TIADA MASALAH
Dengan kepulangan semula jenama Land Cruiser ke pasaran Amerika Syarikat yang cukup dinantikan, Toyota telah memberi penghormatan kepada asal usul Land Cruiser sendiri dengan mencipta model konsep FJ Bruiser -binatang buas yang mampu merangkap & merempuh apa jua halangan muka bumi.
“Setiap tahun kami cukup bernasib baik kerana dapat membina kenderaan projek khas untuk SEMA. Dengan kembalinya Land Cruiser ke Pasaran Amerika Syarikat, ia hanya masuk akal untuk membina sebuah kenderaan yang kelihatan buas, jadi kami memilih sebuah trak pikap Toyota FJ45 tahun 1966,” menurut Marty Schwerter, Pengurus Garaj Toyota Motorsports.
Awalnya, model konsep ini ingin dikenali dengan nama The Unstoppable FJ namun setelah ianya siap, ianya kelihatan lebih daripada apa yang sepatutnya dan mereka terus menggelarnya sebagai FJ Bruiser.

Dan tugasan pertama diserahkan kepada Toyota Racing Development di Costa Mesa, Calif bagi menghasilkan sesuatu lebih daripada sekadar bunyi yang keras tetapi turut garang dari segi prestasi.
Dan hasilnya mereka telah memilih nadi yang telah diubahsuai daripada model kereta lumba Nascar TRD 358 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 725 HP yang digandingkan dengan kotak gear auto tiga kelajuan daripada Rancho Drivetrain. Sistem ekzos MagnaFlow pula akan menghasilkan deruman daripada enjin dengan cukup keras dan kasar lagi menakutkan.

Walau pun jarak ketinggian dilihat sudah cukup sesuai untuk menempuh laluan off-road namun untuk laluan berbatu ianya mungkin dilihat akan ada masalah. pasukan pereka telah menggantikan skid plate pada bahagian hadapan dengan sebuah sistem ala kereta kebal yang mampu menggerakkan kenderaan sekiranya tersangkut dan memerlukan kuasa tambahan.
Sistem trek CAMSO ini boleh dikawal dari dalam kokpit tanpa memerlukan pemandu untuk keluar daripada kenderaan sekali gus tidak memerlukan pemandu untuk keluar mencari pokok bagi mengikat winch. Boleh dikawal dengan punat kawalan sahaja.

Walau pun ianya berimejkan sebuah trak pikal klasik, namun ianya telah dilahirkan semula dengan kerja – kerja fabrikasi yang cukup teliti termasuklah penggunaan casis daripada jenis tiub sepenuhnya dan roll cage sebelum memadankan badan BJ Bruiser ini.
Sistem suspensi juga telah direka kustom yang kini menggunakan Fox dan juga Eibach. Tayar sebesar 42 inci daripada BF Goodrich® Krawler T/A KX yang dipadankan dengan rim Beadlock 20 inci memastikan ianya selari dengan imej sebuah trak pikap yang ganas dan juga buas.

Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk Momo Daytona Evo yang kini dibaluti semula dengan imej kekotak seumpama kain pelikat milik abah abah.
Ternyata gabungan rupa yang klasik sebuah model FJ45 serta mempunyai teknologi moden di dalamnya berjaya menghasilkan sebuah model konsep yang bukan calang – calang untuk membawa anda ke mana sahaja.
BACA : SELAMAT TINGGAL TOYOTA FJ CRUISER!
BACA : RESTOMOD TOYOTA FJ40 LAND CRUISER MACAM INILAH YANG KITA NAK!