
MACAM MANA PUSHBACK TRACTOR INI BOLEH MENUNDA KAPAL TERBANG YANG LEBIH BESAR?
Tahukah anda kapal terbang sukar untuk mengundur dengan sendiri walaupun ia boleh berbuat demikian? Jadi bagi membantu kapal terbang mengundur daripada terminal, ia memerlukan bantuan sebuah mesin yang dipanggil sebagai pushback tractor.
Kali ini kami bercerita segala maklumat berkenaan dengan pushback tractor ini:
1. Sebelum wujudnya landasan zaman moden yang dihasilkan daripada tar dan juga konkrit, kapal terbang akan mendarat di padang rumput yang lapang. Bagi memudahkan kapal terbang mengundur, traktor yang digunakan untuk aktiviti pertanian akan dipanggil untuk menunda kapal terbang ke belakang
Jadi nama pushback tractor ini kekal sehingga pada hari ini walaupun traktor tidak lagi digunakan dan digantikan dengan jentera yang lebih moden, lebih berkuasa dan lebih berupaya
2. Enjin jet turbin yang digunakan pada kebanyakan pesawat penumpang sebenarnya boleh digunakan untuk mengundur dan ia digunakan semasa kapal terbang mendarat bagi mengurangkan kelajuan pesawat.
Tapi jika enjin jet turbin digunakan untuk mengundur daripada terminal, tujahan yang dihasilkan terlalu kuat sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada terminal, bridge dan juga serpihan kerosakan tadi akan memasuki enjin dan merosakkan enjin jet turbin. Adalah jauh lebih selamat menggunakan pushback tractor untuk mengundurkan kapal terbang
3. Enjin jet turbin juga sangat tidak ekonomi jika digunakan untuk mengundur pada kelajuan perlahan, ia adalah lebih ekonomi pada halaju tinggi semasa terbang. Enjin diesel yang dipadankan dengan gear sebenarnya lebih menjimatkan kos operasi syarikat penerbangan. Jika enjin jet turbin digunakan, jangka hayat enjin juga menjadi semakin singkat
4. Bagi memastikan pushback truck dapat menunda kapal terbang dengan berkesan, ia direka dengan berat yang maksimum. Berat ini tadi akan bertindak dengan permukaan jalan melalui geseran yang terhasil antara tayar pushback tractor dengan permukaan landasan. Semakin berat pushback tractor, semakin berat pesawat yang boleh ditunda.
5. Sebagai contoh, sebuah pushback tractor seberat 24 tonne berupaya menunda kapal terbang seberat 160 tonne. Jika pushback tractor seberat 52 tonne, maka ia boleh menunda kapal terbang seberat 300 tonne. Berat ini menghasilkan cengkaman agar kuasa enjin dipindahkan kepada permukaan jalan dengan mudah
6. Bagi mendapat cengkaman yang tinggi, pushback tractor juga direka dengan tayar yang besar dan lebar, serta diberikan tekanan angin yang sangat tinggi sehingga mencecah 1000kpa.
7. Pushback tractor juga direka dengan sangat rendah bagi memastikan pusat graviti pushback berada pada kedudukan yang rendah dan selari dengan Nose Landing Gear. Rekaan ini juga adalah untuk memastikan pushnack tractor tidak terlanggar muncung pesawat
8. Selain daripada perlu menunda kapal terbang yang berat, pushback tractor juga perlu beroperasi dalam keadaan permukaan landasan yang curam sekitar 2% gradient. Kadangkala bagi memastikan semua sistem pesawat beroperasi, satu enjin jet turbin akan dihidupkan, menjadikan usaha untuk menolak pesawat ke belakang bertambah sukar.
9. Sebagai contoh pushback tractor jenama JBT B1200 dipasang dengan enjin Cummin berupaya menjana 305 kuasa kuda dan 1383Nm tork. Enjin diesel ini juga dipandankan dengan transmisi ZF 6 kelajuan dan 2 gear mengundur
10. Disebabkan ia direka untuk menunda dengan tork yang tinggi, semua gear direka untuk menggandakan tork dengan berkesan dan hanya memeiliki kelajuan maksima 15km/j untuk kelajuan arah depan dan 10km/jam untuk kelajuan arah belakang.

