Buletin

ROLLS-ROYCE SILVER CLOUD II PARAMOUT - EDISI ISTIMEWA DARIPADA RINGBROTHERS

Ringbrothers, pembuat kereta kustom terkemuka dunia telah pun memperkenalkan hasil rekaan mereka terbaharu, Paramount yang merupakan daripada model Rolls-Royce Silver Cloud II 1961 yang dipamerkan pada SEMA Show 2023.

Direka daripada asas, Paramount ini merangkumi kualiti dan kerja binaan yang dikenali daripada Ringbrothers, memberikan nila estetika dan prestasi pemanduan daripada salah satu jenama mewah yang paling terkenal di dunia.

Pada pandangan pertama, ianya mungkin kelihatan sama seperti Rolls-Royce Silver Cloud II yang lain, walaupun sebenarnya model Paramout ini telah pun menjalani proses pembinaan semula yang cukup teliti. Perbezaan paling ketara mungkin ketika enjin yang dihidupkan dengan bunyi yang dihasilkan membuatkan orang menyedari akan perbezaannya.

Perubahan paling ketara adalah enjin asal 6.2 liter V8 milik Rolls-Royce Silver Cloud II ini telah pun digantikan dengan enjin LT4 V8 Supercharged 6.2 liter daripada GM. Sudah tentu penggunaan enjin moden ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 640 HP 635 Nm yang digandingkan dengan kotak gear auto 10 kelajuan yang dihantar melalui aci pemacu gentian karbon kustom.

Casis ini menggunakan suspensi kustom dengan coilovers Fox di setiap sudut, serta roda 18 inci daripada EVOD Industries yang menampilkan penutup tengah giro untuk memastikan logo Rolls-Royce kekal tegak ketika roda berpusing. Ringbrothers juga memasang bar tambahan hadapan 1.3 inci untuk lebih kestabilan ketika pemanduan.

Bahagian dalamannya mengekalkan rupa dan rekaan yang serupa dengan model asal, tetapi Ringbrothers telah memberikan suasana yang lebih premium dan mewah apabila telah memberikan imej cahaya bintang dengan pengguna lebih daripada 1,000 LED hasil daripada jahitan tangan, seperti yang ditawarkan oleh Rolls-Royce pada produk semasanya.

Bahagian dalamnya terutama pada ruangan lantai telah dibina kustom untuk memberikan lebih ruang kepada penumpang. Tempat duduk kini dibalut dengan kulit Merah gelap serta mempunyai ruangan meja lipat untuk penumpang belakang.

Perincian papan pemuka juga turut diberikan perhatian dengan pembinaan semula menggunakan kemasan kayu disamping mengekalkan identiti asal tetapi telah diberikan perincian kemasan gentian karbon di beberapa bahagian.

Menurut Ringbrothers, mereka mengambil masa kira – kira 3,400 jam untuk menyiapkan hasil kerja yang satu – satunya wujud di dunia Rolls-Royce Silver Cloud II Paramount ini.

BACA : ROLLS-ROYCE SILVER CLOUDE II KINI BERUBAH MENJADI EV

BACA : ROLLS-ROYCE BLACK BADGE GHOST ÉKLEIPSIS PRIVATE COLLECTION – TERHAD HANYA 25 UNIT SAHAJA

Google ads

B K

Back to top button