
RESTOMOD TOYOTA FJ40 LAND CRUISER MACAM INILAH YANG KITA NAK!
Toyota sememangnya mempunyai pengikut yang ramai, ini termasuklah untuk jentera off-road keluarannya. Jadi, apabila ada pihak yang melakukan restomod pada model Toyota FJ40 Land Cruiser ini, ramai yang begitu teruja. Hasil kerja yang unik itu dihasilkan oleh The FJ Company dari Amerika Syarikat.
Buat pertama kalinya, The FJ Company melakukan projek restomod sepenuhnya. Ia melibatkan bahagian bumbung jenis soft top, rim dan ruang kabin yang menggunakan kemasan hitam. Tempat duduk lengkap dengan pemanas, manakala sistem audio bergred marin. Tempat duduk belakang yang boleh dilipat menawarkan ruang kargo lebih luas.
Jentera itu juga dilengkapi lampu utama LED, stereng kuasa, kit penunda dan pembuka botol pada bahagian hadapannya.
Memandang enjin model ini sudah tidak boleh digunakan, pasukan The FJ Company menukarnya dengan enjin Toyota 3F-E enam slinder sebaris yang kemudian dipadankan bersama kotak gear manual lima kelajuan.
Suspensinya disediakan oleh Old Man Emu, sementara rim Mickey Thompson itu dibalut dengan tayar semua laluan daripada Cooper Discover. Brek turut dinaik taraf untuk menawarkan kuasa membrek yang lebih meyakinkan.
Sebenarnya, The FJ Company ada menawarkan pakej untuk restomod model-model Land Cruiser. Tetapi pemilik ini memilih untuk melakukan modifikasi berdasarkan kepada trak permainan Tonka. Warna oren metalik itu juga cukup menyerlah.
Memang terbaik juga ni…
BACA: TOYOTA LAND CRUISER 70 SERIES 2017
BACA: NAMA-NAMA PELIK KERETA DARI JEPUN
GALERI