Buletin

TOYOTA TAWAR PROMOSI HEBAT SEMPENA HARI MERDEKA. SIAR FILEM PENDEK DI YOUTUBE

Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta memenuhi kehendak rakyat Malaysia untuk fleksibiliti dalam pengalaman pemilikan kenderaan Toyota, UMW Toyota kini menawarkan penjimatan serta tawaran hebat di semua bilik pameran di seluruh negara pada 10 dan 11 September 2022.

Pelanggan boleh meluangkan masa hujung minggu itu dengan memandu uji Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross atau model lain dan membuat pilihan serta membawa pulang pelbagai hadiah percuma (sementara stok masih ada).

Mereka boleh menikmati pengalaman bagaimana Toyota menawarkan “Extra Mile” menerusi khidmat jualan dan selepas jualan yang komprehensif.

Nikmati juga promosi perkhidmatan selepas jualan dari 22 Ogos hingga 30 September 2022 yang merangkumi tawaran istimewa pembelian tayar, diskaun 15 peratus atas alat ganti terpilih dan e-baucar bernilai RM50 untuk setiap pembelian Toyota Service Savers.

Bakal pembeli boleh menikmati pakej insurans kewangan terbaik, program Loyal-T, aplikasi mudah alih Bantuan Tepi Jalan 24Seven Toyota dan servis berkualiti tinggi dengan alat ganti tulen.

Dalam perkembangan berasingan, UMW Toyota Motor telah menghasilkan filem pendek yang boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=aj-fCZAXlVg.

Bertajuk ‘Pewaris Harapan Negara’, filem pendek itu memaparkan semangat rakyat Malaysia untuk mencetuskan impak positif, di mana UMW Toyota menzahirkan komitmennya dalam menjamin kebahagiaan untuk semua.

Ia menampilkan anak-anak kakitangan UMW Toyota yang mewakili generasi masa depan. Nyanyian lagu patriotik malar segar “Sejahtera Malaysia” turut memaparkan bagaimana rakyat Malaysia melakukan perkara luar biasa untuk kebaikan komuniti. Maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota 1- 800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button