Buletin

TOYOTA TOPMARK TAMBAH 5 CAWANGAN BAHARU

Rangkaian Toyota TopMark telah dikembangkan untuk menawarkan kereta terpakai Toyota dan Toyota hibrid ke lebih banyak lokasi di Malaysia.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi kolaborasi dengan empat pengedar sah Toyota iaitu :

  1. UMW Toyotsu Motors Sdn Bhd (Shah Alam dan Rawang, Selangor)
  2. Panglima City Motor Sdn Bhd (Klang, Selangor)
  3. ES Yang Motor Sdn Bhd (Muar, Johor)
  4. Telagamas Motors Sdn Bhd (Kulim, Kedah)

Keempat-empat pengedar itu menandatangani perjanjian dengan UMW Toyota Motor, sekali gus menjadikan mereka pengedar Toyota TopMark sepenuhnya.

Sebanyak lima Toyota TopMark akan dibuka mulai Januari 2018. Sebagai pengedar Toyota TopMark, mereka boleh menerima apa jua jenama kenderaan bagi tujuan trade-in sebelum membeli kereta baharu Toyota (tertakluk kepada terma dan syarat).

Toyota TopMark mengamalkan proses jualan yang telus dan adil. Ia merangkumi menyelesaikan sebarang jumlah pinjaman yang berbaki dan menukar hak pemilikan secara serta-merta.

Kemudahan ini juga menawarkan model terpakai Toyota dan hibrid Toyota yang berkualiti tinggi. Kebolehpercayaan kenderaan tersebut dijamin kerana ia perlu melalyi pemeriksaan 201 poin yang komprehensif. 

Ini termasuklah pemeriksaan bagi memastikan semua sistem keselamatan berfungsi dengan baik dan tayar belum haus. Bateri asal akan diganti dan alat ganti tulen Toyota akan digunakan. Semua kerja ini dilakukan di pusat servis sah Toyota.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pemilik baru, setiap kenderaan hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 40,000km (mana-mana tiba dahulu) ke atas enjin dan transmisi.

Lima lokasi baharu itu akan menyertai rangkaian Toyota TopMark yang kini ada di Petaling Jaya, Butterworth Johor Bahru dan Kuantan. Lexus terpakai juga boleh didapati di lokasi terpilih,

Google ads
Back to top button