
TOYOTA TURBO TRAIL CRUISER CONCEPT – MODEL LAMA DENGAN ENJIN V6 YANG BERKUASA
Toyota telah memperkenalkan sebuah model konsep dengan gaya klasik, Turbo Trail Cruiser di SEMA Show 2025, sebuah binaan berinspirasikan prestasi yang menggabungkan daya tarikan luaran Land Cruiser FJ60 yang lagenda dengan enjin moden yang cukup berkuasa, enjin V6 twin-turbo i-FORCE.
Menariknya projek yang unik ini ibarat suatu latihan dalam pengubahsuaian kejuruteraan Toyota menggunakan platform warisan mereka untuk mempamerkan bagaimana teknologi prestasi hari ini dapat merubah salah satu model klasik yang ikonik buat mereka.

Tengok pada penampilan luaran memang sahih tak ada beza dengan model asal keluaran kilang di era 80an. Memang itulah yang Toyota mahukan, dengan mengekalkan rupa bentuk asalnya tanpa merubah sikit pun.
Dikuasakan oleh enjin V6 pengecas turbo berkembar 3.4 liter i-FORCE yang terdapat dalam model moden Toyota Tundra, model konsep Turbo Trail Cruiser ini mampu menghasilkan 389 kuasa kuda dan tork 479 lb.-ft., hampir menggandakan output enjin enam selari asal FJ60. Namun transformasinya bukan sekadar kuasa enjin semata walau pun ianya masih lagi menggunakan kotak gear asal milik FJ60.

Enjin moden ini memberikan operasi yang lebih senyap, penghalusan, pengurangan pelepasan dan kecekapan bahan api yang lebih baik berserta dengan tork yang lebih baik. Namun dengan pengecas turbo berkembar, yang menjadikan Land Cruiser terasa lebih moden, sesuai untuk jalanan dan berkemampuan berbanding sebelum ini.
Menariknya falsafah pembinaan model ini adalah untuk mengekalkan kesemuanya seasli mungkin baik dari segi luaran mahupun dalaman seperti keluaran kilang. Setiap komponen dibangunkan untuk memuatkan enjin moden tersebut ke ruangan dalaman tanpa mengubah hatta titik pemasangan sekali pun atau pun merubah struktur asal.

Ajaibnya para Jurutera telah berjaya memasang enjin moden tersebut ke dalam ruangan enjin bay dengan membuat beberapa pengubahsuaian dengan memasang plat penyesuai di dalamnya. Sistem ekzos turut diberikan penambahbaikan agar dapat menghasilkan bunyi yang lebih garang sesuai dengan enjinnya.
Menerima sedikit perubahan membabitkan penggunaan roda aloi bersaiz 35 inci bagi membolehkan tinggi model ini ditingkatkan sehingga 1.5 inci, ruangan kabin turut menerima sedikit sentuhan baharu dengan sistem audio moden daripada JBL walau pun visual retro masih lagi dikekalkan.
BACA : TOYOTA LAND CRUISER 70 SERIES 2017
BACA : LEXUS GX 2024, BANGKIT NOSTALGIA JIP LAMA, 3.5L TURBO V6, 2.4L TURBO HIBRID


