
TQ WULING TAWAR REBAT ISTIMEWA UNTUK BINGO EV, HARGA KINI BERMULA DARI RM56K
TQ WULING memperkenalkan promosi khas sempena sambutan Hari Malaysia dengan menawarkan rebat sehingga RM6,000 bagi model elektrik kompaknya, Bingo EV, sepanjang bulan September ini.
Menerusi kempen tersebut, pelanggan berpeluang memiliki Bingo EV Pro pada harga bermula RM56,800 berbanding harga asal RM62,800. Tawaran itu merangkumi rebat Hari Malaysia sebanyak RM4,000 serta rebat insurans sehingga RM2,000. Pembeli varian Pro turut menerima pengecas EV mudah alih secara percuma.
Bagi varian Bingo EV Max pula, harga jualan kini bermula RM63,800 selepas mengambil kira rebat keseluruhan sehingga RM4,000.
Model yang sebelum ini dijual pada harga RM67,800 itu turut disertakan pengecas wallbox 7kW dan pengecas EV mudah alih tanpa caj tambahan.

Untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, Bingo EV Pro ditawarkan pada harga RM59,560 selepas rebat, manakala Bingo EV Max boleh dimiliki pada harga RM66,560.
Menurut TQ WULING, promosi berkenaan bertujuan memperluaskan akses kepada kenderaan elektrik (EV) dengan mengurangkan kos pembelian awal, di samping menyediakan kemudahan pengecasan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Bingo EV ditawarkan dalam dua pilihan varian dengan jarak perjalanan sehingga 333 kilometer bagi versi Pro dan 410 kilometer bagi versi Max mengikut standard CLTC.
Kedua-duanya menggunakan bateri Lithium Ferro-Phosphate (LFP) bertaraf IP68 yang dilengkapi teknologi MAGIC Battery.

Sistem pengecasan pantas DC pula membolehkan bateri dicas daripada 30 peratus ke 80 peratus dalam tempoh kurang 35 minit, sekali gus meningkatkan kemudahan penggunaan harian.
Walaupun tampil dengan dimensi yang kompak, Bingo EV menawarkan ruang kabin yang praktikal. Bahagian dalaman menggunakan tema Caramel Latte dan dilengkapi dua skrin digital bersaiz 10.25-inci yang menyokong Apple CarPlay serta Android Auto.
Ruang bagasi juga cukup luas dengan kapasiti 395 liter dan boleh diperluaskan sehingga 1,240 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Dari aspek keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), brek parkir elektronik dengan fungsi Auto-Hold, sensor parkir belakang, kamera undur serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Turut ditawarkan ialah pelbagai ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti Amaran Titik Buta, Bantuan Pertukaran Lorong, Amaran Trafik Melintas Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang, Amaran Pembukaan Pintu dan Amaran Pejalan Kaki Kelajuan Rendah.
Sebagai tambahan, Bingo EV hadir dengan waranti motor pemacu selama lapan tahun atau 160,000 kilometer, waranti bateri EV lapan tahun atau 120,000 kilometer serta waranti kenderaan selama lima tahun atau 150,000 kilometer, yang mana tiba terlebih dahulu.
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dengan bayaran tempahan RM200 melalui laman web rasmi TQ WULING atau mengunjungi bilik pameran berhampiran untuk sesi pandu uji.




