Buletin

SERTAI TQ WULING DI KL CAR-FREE MORNING DAN SAKSIKAN SENDIRI KEUNIKAN BINGO EV!

TQ WULING bakal turut serta dalam acara KL Car-Free Morning yang akan berlangsung pada 3 Ogos 2025 di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bermula dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi di perkarangan Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat model elektrik kompak terbaharu mereka — TQ WULING Bingo EV.

Direka untuk kehidupan bandar yang serba moden, TQ WULING Bingo EV tampil dengan gaya retro, diimbangi teknologi pintar dan reka bentuk menyeronokkan. Hatchback lima pintu ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini dan mensasarkan untuk menjadi antara model EV paling mampu milik di pasaran Malaysia.

Acara KL Car-Free Morning, yang mengetengahkan gaya hidup sihat dan bebas karbon, menyediakan laluan sejauh 7km untuk aktiviti berjalan, berlari, berbasikal dan berskating di tengah-tengah kota raya.

Menambah kemeriahan, TQ WULING juga akan menganjurkan sesi Zumba serta pelbagai aktiviti menarik lain buat seisi keluarga di kawasan acara.

Bingo EV akan memulakan paginya lebih awal, tepat jam 6.45 pagi, dengan menyertai laluan “sweeper route” sepanjang trek acara.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendaftar kehadiran melalui Facebook rasmi TQ WULING di facebook.com/tqwulingmy.

Sebagai sebahagian daripada kempen pra-pelancaran, jelajah #HelloTQWBingo Tour kini sedang berlangsung di beberapa lokasi utama. Berikut ialah jadual jelajah:

Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan Bingo EV.

Google ads
Back to top button