Buletin

USAHA MALAYSIA KEKANG COVID-19 JAUH LEBIH BAIK BERBANDING NEGARA ASEAN, EROPAH – JP MORGAN

Langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Malaysia terbukti berkesan dalam menangani penularan wabak COVID-19, jelas bank pelaburan Amerika Syarikat,  JP Morgan.

Dengan kadar kematian yang rendah, strategi Malaysia dilihat jauh berkesan berbanding langkah yang dilaksanakan oleh rakan-rakannya di ASEAN, malah beberapa negara di Eropah.

Strategi yang diambil oleh Malaysia mungkin menunjukkan jumlah jangkitan yang tinggi, tetapi ia meningkatkan tahap keyakinan, mengurangkan penularan dan kematian.

“Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sekarang membantu memperlahankan penularan. Sementara langkah menutup sempadan juga mengelak daripada penularan epidemik ini,” kata JP Morgan dalam laporannya yang bertarikh 23 Mac 2020.

“Jadi, kami yakin bahawa langkah kawalan risiko yang diambil oleh kerajaan minggu lalu diterima baik oleh rakyat. Kami lihat ia berkesan dalam mengurangkan jangkitan dan kematian.

JP Morgan meramalkan jangkitan COVID-19 akan memuncak pada pertengahan April dengan jumlah 6,300 orang.

Setakat minggu lalu, nisbah kematian di Malaysia adalah 0.77 peratus berbanding purata global 4.4 peratus. Ia 2.0 peratus lebih rendah daripada jangkaan JP Morgan.  

JP Morgan menggariskan tiga sebab kenapa situasi itu berlaku. Ujian kes disyaki yang aktif, usaha keras dalam memperlahankan kelok jangkitan serta kapasiti hospital.

“Ujian kapita per sejuta” Malaysia ialah 482, 4x-81x lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain (6 kepada 109 ujian bagi setiap satu juta populasi). Angka itu juga lebih tinggi daripada beberapa negara Kesatuan Eropah.

Mazda CX30

“Malaysia kini dianggarkan mempunyai 1,060 katil (data 2017, Pendaftar Penjagaan Intensif). Jika 10 peratus pesakit memerlukan penjagaan intensif, kapasiti hospital di Malaysia mampu menguruskan risiko kematian,” katanya.

Namun, JP Morgan tetap bimbang dengan pandemik itu yang kini memasuki peringkat jangkitan yang pantas di Malaysia. – NST

Google ads
Back to top button