Buletin

AIR ASIA KINI DI AMBANG BAHAYA…

AirAsia Group Berhad telah mengumumkan pemberhentian majoriti penerbangan berikutan pandemik Covid19. Ia kerana sekatan sempadan yang luas oleh pelbagai negara di seluruh laluan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Dalam satu kenyataan media, Air Asia menyenaraikan penggantungan kebanyakan penerbangan AirAsia dan AirAsiaX dari pelbagai negara yang beroperasi, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India.

Di Malaysia, penggantungan penerbangan termasuk semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari Malaysia dari 28 Mac hingga 21 April dan kebanyakan penerbangan AirAsiaX dari 28 Mac hingga 31 Mei.

“Kami akan terus menilai keadaan dengan teliti dan bersedia untuk mengembalikan perkhidmatan sebaik sahaja keadaan bertambah baik, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

“Semua penumpang yang terjejas telah dimaklumkan dengan serta-merta melalui e-mel dan SMS.”

Pelanggan AirAsia mempunyai pilihan untuk menukar tempahan penerbangan mereka dalam bentuk kredit yang boleh ditebus semula dalam tempoh 365 hari atau menukar tarikh penerbangan mereka (tanpa had, tanpa sebarang caj), ke sebarang tarikh lain sebelum 31 Okt.

Butiran lanjut boleh didapati di laman web AirAsia.

“Kami percaya penggantungan penerbangan sementara ini adalah perkara yang betul bagi memastikan keselamatan penumpang dan krew. Ia kekal sebagai keutamaan dalam perniagaan kami dalam masa yang mencabar ini.”

Bagi menghadapi situasi sukar ini pihak pengurusan dan pekerja senior secara sukarela membuat potongan gaji antara 15% hingga 100%.

“Ini akan membantu kami menghadapi situasi yang amat sukar, permintaan yang rendah yang akan terus berpanjangan. Pada masa yang sama, langkah ini akan meminimumkan kesan terhadap kakitangan kami, terutamanya yang berada di jawatan rendah.” kredit foto: Bloomberg

Google ads
Back to top button