Artikel Pilihan

KIA RIO WRX – SIAPA KATA KIA TAK MINAT RALI?

Dalam katalog Kia, barangkali kita menyangka bahawa pembuat dari Korea itu tidak mempunyai model untuk diangkat sebagai model perlumbaan. Tapi tahukah bahawa sebenarnya Kia pernah mempunyai sebuah model kereta lumba ralycross, Kia Rio WRX.

Sebenarnya ini bukanlah model baharu. Ini merupakan Kia Rio generasi ketiga yang telah menjalani ubahsuai ekstensif kepada sebuah model rali yang kelihatan laju dan garang. Model istimewa jenama Korea ini telah dibina sendiri oleh Danisi Engineering, sebuah firma pembuatan jentera lumba dari Itali khas untuk berlumba dalam kejohanan World Rallycross Championship.

Luaran Kia Rio ini jelas merubah terus penampilan Kia Rio dengan penggunaan kit badan di segenap sudut. Cumanya ianya tidaklah terlalu ekstrem seperti jentera WRC masa kini. Apatah lagi dengan penggunaan livery Castrol yang cukup kena dengan rekaan badan Kia Rio WRX ini. Nampak orait juga kan.

Enjin yang bersesaran 2.0 liter turbo telah digunakan untuk membolehkan Kia Rio WRX ini mampu meluncur laju dan melompat lebih tinggi di tanjakan ketika beraksi dalam saingan Rally Cross. Kini Kia Rio tersebut memiliki sejumlah 600 hp! Cuma dua saat sahaja diperlukan untuk mencapai kelajuan 100 km/j. Dan tugas pemandunya di kala itu adalah bekas pelumba WRC dari Itali, Gigi Galli yang telah bersara dari pentas terulung rali pada tahun 2008.

Selepas kemunculan pertama Kia Rio tersebut pada tahun 2015, tiada lagi tentang perkhabaran kereta rali dari jenama Korea ini. Cuma pada tahun 2018, sebuah pasukan rali yang berpangkalan di Sepanyol, RMC Motorsport telah memperkenalkan jentera rali baharu mereka, Kia Rio N5. Kali ini Kia Rio generasi terbaharu pula telah digunapakai sebagai asas jentera rali mereka.

Sebenarnya Kia Rio N5 ini merupakan sebuah kategori yang hampir sama seperti jentera rali R5, cuma kategori N5 ini hanya digunapakai untuk perlumbaan peringkat kebangsaan di Sepanyol sahaja. Jimatlah sikit belanja nak bangunkan jentera rali baharu.

Rasanya mungkin cukup setakat itu pembabitan Kia dalam sukan rali. Memadai jenama Hyundai sahaja yang beraksi dalam pentas terulung WRC. Karang dua dua masuk rali habis duit pula kan?

BACA : KIA RIO FACELIFT

BACA : HONDA CIVIC COUPE RALLYCROSS – LAJU NI DER

Tags
Google ads
Back to top button