Buletin

‘V’LAYAH PERSEKUTUAN KL, PLAT V MULA DITENDER HARI INI

Jabatan Pengangkutan Jalan dalam laman webnya telah mengumumkan senarai bidaan bagi plat pendaftaran ‘V’ bermula hari ini bagi menggantikan aksara W.

KL-Putrajaya-plate-number-mekanika (1)

Bidaan nombor-nombor 1 hingga 9999 ini akan bermula hari ini dan akan ditutup pada 28 Julai nanti. Kepada anda yang kurang arif dengan sistem bidaan JPJ, ia masih dilakukan secara manual di mana anda perlu mengisi borang khusus, membuat bayaran (50%) tempahan menggunakan bank draf atau wang pos dan memasukkan sampul tender dalam kotak yang disediakan.

KL-Putrajaya-plate-number-mekanika (4)

Secara teorinya juga, selepas bidaan nombor ini ditutup pada penghujung bulan ini, pendaftaran ‘V’ (untuk running number) akan dilaksanakan bermula 1 Ogos nanti. Maka berakhirlah sejarah nombor W untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut adalah panduan harga bidaan minimum yang dikelaskan mengikut kategori.

NOMBOR BERNILAI UTAMA

(harga minimum RM10,000)

1,2,3,4,5,6,7,8,9

NOMBOR MENARIK

(harga minimum RM2,000)

11,12,13,14,15,16,17,18,19,

22,28,38,55,66,77,88,99,

111,222,333,555,666,777,888,999

1111,2222,3333,5555,6666,7777,8888,9999

NOMBOR POPULAR

(harga minimum RM300)

untuk nombor popular boleh rujuk di pautan ini

http://www.jpj.gov.my/panduan-memohon-nombor-pendaftaran-kenderaan

Google ads
Back to top button