Peranti

HTC DESIRE 830 DUAL SIM – RM1,099

HTC baru-baru ini melancarkan  HTC Desire 830 Dual SIM. Telefon pintar itu  menggabungkan kontras warna, rekaan yang memukau dan berspesifikasi tinggi.

A51c

HTC Desire 830 Dual SIM dilengkapi pemproses octa-core 1.5GHz 64 bit dan RAM 3GB. Storan binaan dalamnya berkapasiti 32GB dan boleh ditingkatkan dengan MicroSD sehingga 2TB.

Unit ini didatangkan dengan warna putih (Cobalt White), biru (Sunset Blue) dan hitam (Black Gold). Ia dijual pada harga RM1,099 bermula awal bulan ini.

Model terbaharu ini dibina dengan paparan skrin 5.5 inci bersama rekaan bucu rata untuk kemasan yang nampak kemas. Peranti ini juga lebih ringan berbanding mana-mana telefon pintar dalam kelasnya, hanya seberat 156 gram.

Bukan hanya cantik dari segi luaran, HTC Desire 830 Dual SIM membolehkan pengguna mengadunkan wallpaper secara custom, ikon, tulisan dan nada dering tersendiri. Terdapat beratus-ratus tema yang boleh dimuat turun menerusi HTM Themes di https://themes.htc.com/.

Selain itu, HTC Desire 830 Dual SIM turut didatangkan dengan kamera resolusi tinggi 13MP. Di samping teknologi Imej Penstabil Optikal yang mengesan pergerakan tangan sehingga 0.125 milisaat. Fungsi itu berupaya mengubah dan menstabilkan lensa dalam paparan masa sebenar. Kamera hadapan pula didatangkan dengan  aperatur f2.0.

BoomSound™ pada HTC Desire 830 Dual SIM menawarkan kualiti bunyi terbaik yang boleh didapati pada sebuah telefon pintar hari ini. Ciri itu mampu menghasilkan bunyi yang cukup jelas, bunyi bass yang dalam serta ketelitian audio secara keseluruhannya.

Google ads
Back to top button