Buletin

HONDA MALAYSIA GANTI BEG UDARA KERETA RECOND SECARA PERCUMA

Ya. Anda tak salah baca.

Kalau kita melihat krisis beg udara Takata ni, mungkin nampak macam Honda sahaja yang terlibat. Nampak kereta Honda ni teruk sangat kan? Tidak tuan-tuan. Hampir semua kereta jenama Jepun terlibat sama cuma tahap keseriusan notis panggil balik itu yang berbeza.

Kali ini, Honda Malaysia mengumumkan notis baru untuk kenderaan jenama Honda yang terlibat yang BUKAN dijual dibawah edaran mereka. Berbeza dengan kereta yang mereka jual, mereka tiada pangkalan data bagi kereta-kereta yang diimport terpakai (recond).

Mekanika-Odyssey-hijau

Tak dinafikan, Honda Malaysia lah yang paling agresif sekali dalam proses ini sehinggakan pada satu ketika mereka kehabisan stok dari Takata. Proses recall ini berterusan dan setiap usaha yang dibuat dikongsi bersama dengan pihak media untuk paparan umum. Setakat hari ini, tindakan yang telah dilakukan ialah;

–  Menghantar lebih 240,000 keping surat kepada pemilik kenderaan.

–  Menghantar emel kepada lebih 35,000 pemilik.

–  Menghantar SMS kepada lebih 126,000 pemilik.

–  Membuat lebih 2,000 panggilan terus kepada pemilik.

– Mengemaskini laman web www.com.my, pelanggan kini boleh menyemak berdasarkan nombor casis.

Untuk maklumat lanjut layari www.honda.com.my atau di laman web mikro www.productrecall.honda.com.my atau dengan menghubungi talian 1-800-88-2020.

 

Google ads
Back to top button