Buletin

VOLVO ES90 DIDEDAHKAN – JANA KUASA HINGGA 670HP, TAWAR JARAK GERAK 700KM

Volvo baru-baru ini telah mendedahkan model terbaharunya, ES90. Bukan sedan, bukan juga SUV—ES90 hadir dalam kelasnya yang tersendiri, menggabungkan elemen crossover dengan reka bentuk aerodinamik.

Sebagai model flagship yang berdiri seiring dengan EX90, ES90 menetapkan penanda aras baharu bagi jenama Sweden ini.

Dari segi reka bentuk, ES90 membawa identiti Volvo yang jelas. Lampu hadapan “Thor’s Hammer” yang ikonik menghiasi bahagian depan, manakala lampu belakang berbentuk C memberikan sentuhan moden.

Menariknya, model ini hadir dengan rekaan hatchback, menawarkan kapasiti ruang kargo sebanyak 733-liter dengan tempat duduk belakang dilipat, atau 496-liter apabila dinaikkan.

Tambahan lagi, terdapat ruang frunk sebesar 48-liter untuk keperluan tambahan.

Dibina di atas platform SPA2 yang dikongsi dengan EX90, ES90 menampilkan dimensi sedikit berbeza. Jarak roda sepanjang 122-inci menjadikannya lebih panjang berbanding EX90, namun dengan panjang keseluruhan 5-meter, ia masih lebih kompak.

Dengan kelegaan tanah 8.0-inci, lebar 83.5-inci termasuk cermin sisi, dan ketinggian yang lebih rendah.

Ruang Dalaman Digital dan Minimalis

Volvo terus mengekalkan pendekatan minimalis dalam reka bentuk kabinnya. Skrin tengah berukuran 14.5-inci dalam orientasi menegak menjadi pusat kawalan utama bagi hampir semua fungsi, termasuk sistem kawalan iklim empat zon serta sistem audio premium 25 pembesar suara dari Bowers & Wilkins.

Paparan digital 9.0-inci pada tiang stereng menggantikan kluster meter tradisional, sementara sistem paparan kepala (HUD) memaparkan maklumat penting secara langsung di cermin hadapan.

Selain butang kawalan pada stereng dan suis tingkap, hampir semua kawalan lain bersifat digital.

Kuasa Perkomputeran yang Mengagumkan

Menurut Ketua Jurutera dan Pegawai Teknologi Volvo, Anders Bell, ES90 bukan sahaja model paling berkuasa dari segi prestasi tetapi juga dalam aspek keupayaan pengkomputeran.

Dilengkapi sistem Nvidia Drive AGX Orin berkembar, ES90 mampu memproses lebih 500 trilion operasi sesaat, membolehkan peningkatan keupayaan keselamatan dan prestasi menerusi data, perisian, serta kecerdasan buatan (AI).

Prestasi Elektrik dan Jarak Pemanduan

Dilengkapi sistem elektrik 800V, ES90 menyokong pengecasan pantas sehingga 350kW, membolehkannya menambah jarak 299 kilometer hanya dalam 10 minit.

Pengecasan dari 10 ke 80 peratus boleh dicapai dalam masa 20 minit sahaja. Dengan pek bateri terbesar 106.0kWh, ES90 mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 700 kilometers (WLTP).

Aerodinamiknya yang cemerlang dengan pekali seretan 0.25 juga menyumbang kepada kecekapan tenaga yang lebih baik.

Varian dan Prestasi

Volvo ES90 akan ditawarkan dalam tiga varian utama:

  • ES90 Single Motor: Motor belakang dengan 329hp dan pek bateri 92.0kWh (88.0 kWh boleh guna), memberikan jarak pemanduan sekitar 644 kilometer (WLTP).
  • ES90 Twin Motor: Motor depan dan belakang dengan gabungan kuasa 442hp serta bateri lebih besar, membolehkan jarak sehingga 700 kilometer.
  • ES90 Twin Motor Performance: Varian paling berkuasa dengan 670hp, pecutan 0-60 mph dalam 3.9 saat, tetapi dengan had kelajuan 112mph seperti semua model ES90 lain.

Ketersediaan dan Harga

Tempahan bagi Volvo ES90 telah dibuka di beberapa pasaran Eropah, manakala harga akan diumumkan kelak.

Google ads
Back to top button