Motosikal

ZONSEN PAMER EMPAT MODEL BAHARU UNTUK PASARAN MALAYSIA – DARI RM12,888

MForce Bike Holdings telah memperkenalkan empat model baharu dari jenama Zonsen (Zongshen) yang akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Keempat-empat model tersebut telah pun dipamerkan sewaktu program MForce Dealers Education yang berlangsung di Chongqing, China. 

Zonsen RT3E – RM12,888

Perang skuter tidak berakhir kali ini Zonsen memperkenalkan skuter gaya retro klasik menerusi RT3E. 

Atas kertas, RT3E dipacu enjin satu silinder 247cc yang berupaya menjana 26hp pada 8,500rpm dan 24.5Nm pada 6,500rpm. 

Meskipun menawarkan rupa bentuk retro namun RT3E ini hadir dengan ciri moden termasuk traction control dan ABS secara standard. Turut melengkapkan rupa moden adalah kehadiran panel meter TFT berwarna yang jelas.

Ciri lain ditawarkan termasuk:

  • tangki bahan api berkapasiti 10L
  • lampu LED depan dan belakang
  • penghadang angin
  • crash guard

RA600 dan RE600 – RM25,888

Bagi peminat yang mahukan kuasa esktra, MForce turut menawarkan RA600 dan RE600 dengan masing-masing dipacu enjin parallel-twin 550.4cc yang mampu mencerna 58hp pada 8,500rpm dan 55Nm pada 6,500rpm. 

Meskipun begitu, RA600 hadir dengan reka bentuk gaya cruiser ‘bobber’ sementara RE600 pula lebih sporty dengan gaya ‘roadster’. Kelengkapan juga berbeza dengan RA600 menawarkan tangki bahan api berkapasiti 14.5L sementara RE600 lebih besar dengan 20L. 

Berat bersih bagi kedua-dua model juga hampir sama sekitar 205kg dan mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 170km/j. 

Kelengkapan elektronik lengkap dengan ABS dan ‘traction control’ secara standard manakala pakej brek hadir dengan brek J.Juan berkembar bagi RE600 dan tunggal bagi RA600. 

RX650

Melengkapkan pelancaran empat model baharu dari Zonsen adalah RX650 yang merupakan motosikal segmen adventure touring bersesaran 650cc.

RX650 bakal bersaing di Malaysia dengan model seperti Kawasaki Versys 650, Suzuki V-Strom 650 serta Moto Morini X-Cape 650. Namun begitu, RX650 hadir dengan kelengkapan yang serba lengkap termasuk:

  • penghadang angin elektronik
  • cruise control
  • quickshifter (up/down)
  • blind-spot detection
  • traction control
  • dashcam

Atas kertas, RX 650 dipacu enjin parallel-twin 650cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 70hp pada 8,500rpm dan 62Nm pada 7,000rpm.

Melengkapi RX650 sebagai motosikal kembara adalah tangki berkapasiti 20L, brek J.Juan, lampu LED depan dan belakang serta skrin TFT berwarna. 

Menurut pihak MForce, RX650 akan dipasarkan di Malaysia tahun ini dengan harga jualan bawah RM30k. Ini bermakna, motosikal ini merupakan yang paling mampu milik namun dengan ciri ekstra berbanding pesaing lain dalam segmen sama. 

Google ads
"
"
Back to top button