Buletin

GWM MALAYSIA RAIKAN RAMADAN DENGAN TAWARAN EKSKLUSIF UNTUK PELANGGAN BAHARU

Dalam semangat berkongsi keberkatan bulan Ramadan, GWM Malaysia memperkenalkan pelbagai promosi istimewa bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih bermakna kepada pelanggan baharu.

Tawaran eksklusif ini bukan sahaja memberi penjimatan hebat, tetapi juga memastikan pemilik kenderaan GWM menikmati kelebihan tambahan sepanjang tempoh promosi.

Promosi Ramadan GWM 2025

Pelanggan yang membuat pembelian kenderaan GWM sepanjang tempoh promosi berpeluang menikmati pelbagai manfaat, termasuk:

  • Penyelenggaraan Percuma Selama 5 Tahun: Ditawarkan kepada semua model GWM seperti ORA GOOD CAT, ORA 07, TANK 300, dan HAVAL H6 HEV, termasuk kos alat ganti dan buruh.
  • Penjimatan Sehingga RM25,000: Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah pinjaman rendah serta pengecas dinding rumah percuma bagi model ORA GOOD CAT dan ORA 07.
  • Jaminan Tambahan: ORA 07 didatangkan dengan jaminan penuh 6+2 tahun (tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh), sementara TANK 300 mendapat perlindungan selama 6 tahun tanpa had perbatuan.
  • 10,000km Perbatuan Percuma: Ditawarkan khusus kepada pemilik HAVAL H6 HEV.

Peluang Percutian Impian dengan GWM TANK 300

Nikmati pengalaman unik bersama GWM TANK 300 dengan menyertai kempen “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300”.

Peluang ini terbuka kepada mereka yang melakukan pandu uji model ini di mana-mana pengedar sah GWM.

25 pemenang bertuah akan menerima baucar percutian bernilai RM888 untuk pilihan destinasi sama ada di bandar atau pengembaraan off-road.

Cara Penyertaan:

  1. Lakukan pandu uji GWM TANK 300 di pengedar sah terdekat.
  2. Ambil gambar bersama kenderaan dan perunding jualan, kemudian kongsikan di media sosial.
  3. Imbas kod QR yang disediakan dan hantar tangkap layar hantaran tersebut.

Bukan itu sahaja, pembeli yang menempah dan mendaftarkan GWM TANK 300 sebelum 31 Mac 2025 turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar percutian mewah bernilai RM8,888.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki kenderaan GWM dengan tawaran istimewa sempena Ramadan. Untuk maklumat lanjut atau menempah pandu uji, layari https://www.gwm.com.my/.

Google ads
Back to top button